Cristiano Ronaldo dilaporkan telah membelanjakan £8.5 juta atau bersamaan dengan RM45.8 juta untuk mendapatkan supercar terbaru keluaran Bugatti.
Pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or ini sememangnya dikenali sebagai pemain bola sepak yang gemar mengumpul koleksi kereta mewah.
Bintang Portugal itu kali ini melakukan tempahan untuk mendapatkan Bugatti Centodieci sebagai koleksi terbarunya, di mana hanya 10 unit akan dikeluarkan di seluruh dunia.
Cristiano Ronaldo ‘splashes out £8.5million on limited edition Bugatti Centodieci’ – with just ten models ever created. It can do 0-62mph in just 2.4 seconds and reach a top speed of 236mph. He has 'CR7' embroidered on the headrests of his other two Bugattis. pic.twitter.com/aq5hLarAyE
— Lilian Chan (@bestgug) March 27, 2020
BILD berkata mereka telah menghubungi Bugatti untuk mendapatkan pengesahan. Namun syarikat tersebut enggan mengesahkan, dan tidak juga menafikan Ronaldo telah melakukan tempahan kereta yang dijadualkan hanya akan siap pada 2021 itu.
Ronaldo sememangnya dikenali sebagai pemain yang hanya mahukan yang terbaik, dan jentera ini juga menapati profil yang dikehendaki Ronaldo.
Dijana oleh enjin W16 8 liter, Centodieci boleh memecut dari 0-62 mph di dalam tempoh hanya 2.4 saat. Ia mampu mencapai kelajuan tertinggi pada 235mph.
Bugatti sebelum ini memperkenalkan kereta ini dengan tagline: : “Diinspiraskikan oleh model bersejarah, Centodieci melepasi semua batasan imaginasi dengan prestasi yang menakjubkan dan reka bentuk terbaru.
Bugatti Centodieci is limited to ten units, and Christiano Ronaldo has one https://t.co/XvwKissgut pic.twitter.com/vaZM9hCMq7
— SlashGear (@slashgear) March 24, 2020
“Memaparkan tafsiran moden bentuk klasik dan dengan enjin W16 ikonik, Centodieci memacu EB110 dengan anggun ke dalam alaf baru.
“Sepuluh kenderaan edisi terhad ini dibezakan oleh keanggunan sempurna dan kecantikan ibarat arca, menjadikan Centodieci karya seni yang benar dan nyata.”
Ronaldo adalah pelanggan setia Bugatti setelah turut memiliki Chiron, Veyron dan La Voiture Noire,
Supercar lain yang turut dimiliki oleh Ronaldo termasuklah Ferrari F430, Phantom Rolls-Royce, Lamborghini Aventador, Maserati GranCabrio, dan Bentley Continental GTC serta McLaren Senna.
Pada sambutan harijadi ke-35, teman wanitanya Georgina Rodriguez turut menghadiahkan beliau sebuah Mercedes G Wagon yang bernilai £600,000.