Ronaldinho Kongsi Pengalaman Suka Duka 60 Hari Terpenjara

Bekas pemain Barcelona Ronaldinho akhirnya berkongsi mengenai pengalaman kehidupan terpenjara yang kini sudah lebih daripada 60 hari.

Ronaldinho kini masih lagi kekal bergelar tahanan rumah sementara menanti perbicaraan di atas tuduhan menggunakan dokumen palsu memasuki Uruguay.

Ronaldinho yang kini berusia 40 tahun sebelum ini mendiami penjara Uruguay selama 32 hari, sebelum dipindahkan ke hotel penginapan mewah untuk menunggu perbicaraan.

Turut ditahan bersama bekas pemain yang turut pernah beraksi untuk PSG dan AC Milan itu adlah abangnya, Roberto yang turut didakwa atas kesalahan yang sama.

Bekas pemain antarabangsa Brazil itu berhadapan hukuman penjara selama enam bulan sebelum membayar bond berjumlah £1.3 juta untuk membenarkan beliau dijadikan tahanan rumah di hotel.

Ronaldinho juga berkata dirinya tenang, dan melakukan apa sahaja untuk menghasbiskan masa sebagai tahanan.

Baru-baru ini Ronaldinho berkongsi pengalaman suka dan dukanya bersama akhbar Mundo Deportivo.

“Ia adalah 60 hari yang amat panjang,” kata Ronaldinho yang meluahkan kesedihan beliau kerana ditahan.

Ronaldinho turut menyamakan pengalaman beliau sebagai tahanan rumah sama seperti mereka yang berkurung disebabkan penularan wabak global.

“Mereka yang berada di rumah pasti pernah berfikir mengenai perkara yang biasa mereka lakukan.

“Saya berpendapat ia adalah perkara yang akan terus kekal bersama kita selamanya selepas pengalaman sukar ini.

“Saya berharap keadaan boleh kembali kepada normal, dan kami pula boleh kembali ke rumah. Harapan sayan ialah supaya segalanya akan pulih seperti sedia kala,” ujar Ronaldinho mengenai wabak yang melanda dan juga pengalaman beliau sebagai tahanan.

Namun, pemain yang terkenal dengan murah senyuman  itu tak menyembunyikan kesedihannya. Berkurung di hotel adalah pengalaman pahit yang bakal jadi pelajaran berharga baginya.

“Saya rasa terkurung di penjara dan [pengalaman] ini akan menjadi pergingata bagi kita semua setelah menjalani pengalaman yang rumit ini.”

Ronaldinho kini menginap di Hotel Palmaroga, sebuah hotel empat bintang yang turut dimiliki oleh Barcelona. Selain daripada kelab, beliau turut berterima kasih kepada mereka yang melawat beliau sejak dua bulan yang lalu.

“Sudah pasti, Barcelona dan saya selamanya akan bersatu. Ia akan sentiasa menjadi bandar kedua saya,” tambah beliau lagi.

“Barcelona sentiasa melayan saya dengan penuh kasih dan hormat. Saya berterima kasih dengan sepenuh hati saya untuk setiap mesej yang penuh dengan sokongan.

“Ia adalah kelab paling menakjubkandan penyokongnya pula sentiasa disemat di hati ini. Saya berterima kasih dengan sepenuh hati ini.”

 

 

 

Kongsi artikel ini