Legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho telah dikeluarkan dari penjara namun diletakkan sebagai tahanan rumah berikutan kes pasport palsu.
Bekas pemain bola sepak berusia 40 tahun itu ditahan pada bulan lalu selepas cuba memasuki Paraguay menggunakan dokumen palsu bersama abangmya.
Bekas pemenang Ballon d’Or itu kini telah dibebaskan dari penjara dari penjara Paraguay dan kini akan meneruskan di sebuah hotel.
Ronaldinho dibenarkan untuk keluar dari penjara selepas peguamnya membayar wang jaminan berjumlah $1.6 juta untuk beliau dan abangnya.
🇧🇷 BREAKING: After 32 days in prison, Ronaldinho is released from jail with his brother. pic.twitter.com/gZcZHqAPwT
— FutbolBible (@FutbolBible) April 7, 2020
Kedua-duanya dikhabarkan kini akan ditempatkan di Hotel Palma Roga di Asuncion, di ibu kota Paraguay.
Bekas penyerang Barcelona itu pada mulanya dikatakan akan menjalani hukuman penjara selama enam bulan. Namun selepas 32 hari di dalam penjara, Ronaldinho kini telah ditempatkan semula.
Ronaldino dan abangnya ditahan pada 6 Mac lalu. Ia dilaporkan Ronaldinho berada di negara tersebut atas jemputan pemilik kasino untuk menghadiri aktiviti amal.
Turut ditemui bersama mereka adalah passport yang menyatakan Ronaldinho dan abangnya sebagai rakyat Paraguay.
BREAKING🚨
Ronaldinho and his brother have been released from Paraguayan jail after their lawyers deposited $1.6m as bail
Both are now under house arrest in a hotel in Asuncion in Paraguay
Some good news for football⚽️ pic.twitter.com/yyFQRcNldl
— Owuraku Ampofo (@_owurakuampofo) April 7, 2020
Perkahabaran Ronaldinho dipenjarakan mendapat liputan meluas oleh pihak media tetapi rakan baiknya mendedahkan Ronaldinho sedih dengan keadaannya.
“Beliau sedih kerana situasi beliai. Peguam sedang mengendalikan kes. Saya berharap beliau boleh keluar dari sana secepat mungkin,” kara Nelson Cuevas yang sempat melawat bekas rakan sepasukannya itu.
Bagaimanapun Cuevas mengakui kemudahan yang diberikan kepada Ronaldinho di penjara adalah jauh lebih baik dari banduan lain.
Sepanjang berada di penjara, Ronaldinho turut memperagakan skil futsal dalam pertandingan, dan meraikan hari kelahirannya dengan BBQ.