Ronaldinho dilaporkan telah ditahan di Paraguay atas kesalahan menggunakan dokumen palsu di dalam bentuk pasport.
Turut ditahan untuk soal siasat adalah saudara kandung Ronaldinho, iaitu Roberto pada Rabu lalu.
Laporan akhbar berpengkalan di Brazil berkata pasport tersebut ditemui di bilik hotel mereka, dan data di dalam pasport menyatakan kedua-dua mereka sebagai warganegara Paraguay.
Pihak berkuasa Paraguay dijangka akan mengeluarkan kenyataan dan buat masa sekarang Ronaldinho dan Roberto ditahan di bilik hotel sehingga siasatan selesai.
“[Ronaldinho dan saudaranya] tidak ditahan kerana mereka masih disiasat dan perlu memberikan kenyataan. Hanya selepas itu pihak berkuasa akan memutuskan tindakan seterusnya,” ujar Menteri Dalam Negeri Paraguay, Euclides Acevedo ketika bercakap kepada ESPN Brazil.
Pihak pendakwaraya Negeri di Paraguay dalam satu kenyataan berkata:
Ronaldinho and his brother have been arrested for entering Paraguay with fake passports.
His fake passport shows his correct name, birthplace, and birthdate, but it falsely suggests that he’s a naturalized Paragauay citizen. [@Santula] pic.twitter.com/qOVEi7xPmi
— Zach Lowy (@ZachLowy) March 5, 2020
“Pihak pendakwaraya diketuai oleh Federico Delfino, Alicia Sapriza dan Marcelo Pecci mengetuai siasatan dan opersasi secara bersama dengan pihak polis.
“Operasi dilakukan di suite presiden di sebuah Hotel Resort milik Kelab Paraguay & Yatch yang terletak di Lambare.
“Ronaldo de Assis Moreira, alias ‘Ronaldinho’ dan saudara kandungnya Roberto de Assis Moreira, menginap di resort tersebut.
“Menurut maklumat yang diterima, mereka memiliki pasport Paraguay dan memasuki negara ini pada tengah hari Rabu.
Ronaldinho really tried to dupe Paraguayan customs officials into thinking he’s Paraguayan as if they didn’t already know who he was. 🐐 pic.twitter.com/20B7xRcYMt
— Des Norris (@PartidoPooper) March 5, 2020
“Ronaldinho dan saudaranya keberadaan mereka di negara ini adalah kerana menerima jemputa pemilik kasino II Palazzo, Nelson Belotti, dan telah dihubungi melalui sebuah yayasan dipanggil Fraternidad Angelical untuk menghadiri majlis amal.”
Bekas bintang Barcelona itu tidak memiliki pasport Braxzil disebabkan hukuman denda yang dijatuhkan di negaranya.
Ronaldinho dan saudaranya sebelum ini didapati bersalah membina perangkap ikan secara haram tanpa lesen di Brazil.
Kedua-duanya gagal membayar denda sebanyak £6.5 juta dan tidak dibenarkan meninggalkan Brazil oleh Mahkamah Perundangan di sana.
Anehnya ia tidak menghalang Ronaldinho daripada dinamakan sebagai duta pelancongan Brazil pada tahun lalu.