Ronald Koeman: Libero Yang Digeruni Kerana Keupayaan Menjadi Mesin Gol

Ronald Koeman dikenali sebagai salah seorang pemain pertahanan paling berpengaruh pada eranya. Bekas pengurus Everton itu adalah tunjang kepada kekuatan Barcelona di era Johan Cruyff dan skuad Belanda satu ketika dahulu.

Posisi pemain bek atau pertahanan sering dikaitkan dengan tugasan melakukan clearance, membantu penjaga gol menghasilkan clean sheets dan juga melakukann tackle.

Namun Koeman menawarkan lebih daripada itu. Pada era tersebut, Koeman dikenali kerana ratio jaringan yang dihasilkan oleh pemain pertahanan.

Asalnya seorang libero

Koeman asalnya adalah seorang sweeper atau juga dikenali sebagai libero. Tugasan beliau bukan sahaja untuk membantu bahagian pertahanan untuk melakukan pintasan serangan pasukan lawan.

Lebih daripada itu, Koeman berperanan menjadi playmaker yang memulakan gerakan serangan pasukan dari kawasan bawah pertahanan.

Ia menjadikan Koeman sebagai nadi kepada pasukan di bahagian pertahanan dan juga tengah. Lebih menarik, Koeman turut mempunyai sentuhan penyudah persis seorang pemain di bahagian serangan.

Ratio jaringan mengkagumkan

Musim 1993/94 merupakan antara musim terbaik Koeman. Pada ketika itu beliau mampu membantu Barcelona muncul juara La Liga dan Piala Super Sepanyol walaupun sering kali mengalami kecederaan. Sepanjang tempoh itu beliau masih sempat menghasilkan 11 gol.

Namun rekod jaringan beliau di Eropah dalam pertandingan Champions League merekodkan ratio jaringan yang luar biasa, Hanya dari enam perlawanan yang dilalui, Koeman sudah menjaringkan lapan gol.

Jumlah jaringan itu menjadikan Koeman sebagai penjaring terbanyak dalam pertandingan tersebut dari kalangan pemain pertahanan.

Dua musim sebelumnya pula Koeman pernah menghasilkan 16 gol di saingan La Liga bersama Barcelona dan merupakan penjaring keempat tertinggi.

Hanya Fernando Hierro yang mampu mengatasi jumlah jaringan Koeman dari kalangan pemain pertahanan pada musim tersebut apabila pemain dengan posisi sama dengan Koeman di Real Madrid itu menjaringkan 21 gol pada musim yang sama.

Secara keseluruhan, Koeman telah menjaringkan 253 gol untuk kelan dan negara – rekod yang sukar dipintas oleh mana-mana baka pemain pertahanan moden pada hari ini.

 

 

Kongsi artikel ini