Bek kiri Liverpool, Andrew Robertson mengkritik sikap pemain Atletico Madrid selepas Liverpool tewas 1-0 kepada lawannya itu di Stadium Wanda Metropolitano.
Dalam perlawanan pertama pusingan kalah mati Champions League ini, gol tunggal Saul Niguez pada awal permainan cukup untuk memberikan kelebihan tipis kepada anak buah Diego Simone sebelum ke Anfield selepas ini.
Dan Robertson nyata tidak senang dengan sikap pemain Atletico yang dianggap oleh pemain antarabangsa Scotland itu sebagai membuang masa.
đź”´ The result
đź”´ Mane substitution
đź”´ The second legJĂĽrgen Klopp feels #LFC's #UCL last-16 tie with @Atleti
remains far from being decided…https://t.co/ockZh10cVS— Liverpool FC (@LFC) February 18, 2020
“Lontaran ke dalam sebelum sepakan penjuru itu sepatutnya milik kami, jadi pengadil membuat kesilapan di situ. Tetapi jaringan dari sepakan penjuru itu sangat pantas.” kata Robertson.
“Ia sangat ketat, tetapi masih onside. Kami memberikan mereka permulaan yang baik dan penyokong mereka mula bersemangat. Kemudian mereka menjadi mudah terjatuh, cuba mempersalahkan anda.
“Kami mengendalikan situasi itu dengan baik. Mereka amat mudah jatuh, tetapi kami hadapi perkara tersebut. Kami juga lebih baik daripada itu.
“Ia permainan yang baik [oleh Atletico], tetapi masih ada saingan pusingan kedua untuk memperbaiki keadaan.”
Robertson turut memberikan komen mengenai taktikal bertahan yang dilakukan oleh Diego Simeone dalam perlawanan ini, dan juga cara pemain Atletico meraikan kemenangan.
A win for football when atleti eliminate Liverpool and we see Robertson cry. pic.twitter.com/AtiTcN4Kp6
— ella (@itsmessibitch) February 18, 2020
“Persembahan itu ialah [apa Simeone lakukan] apa sebenarnya. Apabila anda tidak beraksi menentang pasukan beliau, anda akan suka. Kami menghadapi masalah oleh cara itu,” ujar Robertson lagi.
“Mereka meraikan seperti mereka sudah menang pertembungan ini. Kita nantikan saja. Masih ada beberapa minggu untuk perlawanan di Anfield.
“Kami tahu penyokong kami akan berada di sana, jadi ia terpulang kepada mereka juga untuk datang.”
Virgil van Dijk turut berkongsi pandangan yang sama dengan Robertson dan berkata Liverpool telah bersedia untuk menentang sebuah pasukan yangd degil.
“Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Apatah lagi beraksi di laman dan hadapan penyokong lawan. Ia menyukarkan apabila dibocori awal melalui sepakan sudut pada peluang pertama yang mereka miliki,” kata kapten Liverpool itu.
Â