Sebentar sahaja tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April hadapan.
Ia berikutan penularan wabak coronavirus yang semakin menular di dalam negara, dan dilihat tidak akan pulih dalam masa terdekat.
Itali merupakan antara negara paling terjejas teruk akibat wabak ini. Sehingga artikel ini ditulis 63,927 kes membabitkan lebih 6000 kematian telah dicatatkan di negara tersebut.
Statistik #COVIDー19 di seluruh dunia dikeluarkan WHO, 24 Mac 2020.
Kematian di Itali tertinggi di dunia melebihi 6,000 orang dengan kadar kematian 9.5%.
Pertambahan kematian di negara Eropah – Sepanyol, Jerman dan Perancis.
Malaysia (15) dgn kadar kematian 0.9%. pic.twitter.com/XYK3K1XE3j
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 24, 2020
Penularan wabak coronavirus secara global yang kini telah memberi kesan kepada 163 negara mendorong Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 menangguhkan Sukan Olimpik musim panas pada tahun ini ke tahun hadapan.
Keputusan itu dipersetujui selepas conference call antara Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Presiden IOC Thomas Bach hari ini, berdasarkan krisis global semasa dan maklumat yang disediakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Federica Pellegrini tangguh persaraan
Bintang renang Itali Federica Pellegrini telah sekian lama berspekulasi akan bersara sebagai atlet renang.
Selepas meletakkan sasaran untuk bertanding di Sukan Olimpik 2020, ideanya ialah untuk bersara selepas itu.
Namun pengumuman terbaru oleh IOC membuatkan niat Pellegrini turut sama terjejas. Berkongsi di Instagram miliknya, Pellegrini akhirnya mengesahkan karier renangnya turut terpaksa ditangguhkan selama setahun akibat wabak ini.
Federica Pellegrini Swims 1:55.8 in 200 Free Time Trial Behind Closed Doors https://t.co/wkLuqcV6wI
— SwimSwam (@swimswamnews) March 24, 2020
“Buat masa sekarang ini, diri saya seperti diduakan di atas satu landasan,” kata Pellegrini.
“Di sebelah saya harus menerima hakikat terpaksa berenang untuk setahun lahu. Susah saya nak percaya perkara ini. Ia seerti gurauan, tetapi itulah hakikat sebenar.
“Satu perkara lagi ialah hakikatnya saya sebenarnya tidak boleh berhenti dari berenang.
World record holder and 2008 Beijing Olympics Gold Medalist Swimmer Federica Pellegrini received the Leone del Veneto (Lion of Venice) Award in Italy. She is the first woman to receive this award. #Swimming #FedericaPellegrini #SportsNews pic.twitter.com/nKUbgOk5OY
— Power Sportz (@powersportz_tv) January 15, 2020
“Sekarang ia menjadi semakin logik. Jika perkara ini semua [penularan wabak coronavirus] tidak berlaku, saya akan bertanding pada tahun ini. Itu pasti.
“Tetapi keadaan ini menyebabkan ramai atlet tidak boleh berenang, untuk berlatih dalam disiplin masing-masing. Kami hanya akan sampai ke olimpik tanpa persiapan [jika diteruskan].
“Keputusan untuk menangguhkan ia selama setahun amat tepat. Saya bersetuju. Dan saya akan melakukan persiapan terbaik sebelum ke sana.
Atlet veteran
Pernah berenang di empat edisi sukan olimpik, dan bertanding di peringkat tertinggi di dalam sukan ini sejak 2004 bermakna Pellegrini adalah atlet veteran dalam acara renang.
Pellegrini adalah perenang dalam pelbagai acara seperti gaya bebas, kuak lentang dan gaya kupu-kupu dalam pelbagai kategori jarak. Bertanding pada 2021, Pellegrini hanya berharap fizikalnya masih mampu bertahan bertanding di peringkat tertinggi.
“Ia adalah mengenai bagaimana anda mahu programkan semula semua perkara. Saya harapkan badan ini mampu melakukannya setahun lagi,” tambahnya lagi.
Pellegrini adalah pemegang rekod dunia bagi acara 200 meter gaya bebas, dan pemegang rekod kebangsaan di Itali dalam pelbagai kategori lain.
Dan mungkin kerana bosan atau pun sememangnya tidak boleh berhenti dari berenang, Federico Pellegrini turut berkongsi satu video dirinya berenang di atas katil.
Pellegrini su Olimpiade rinviata: "Tokyo 2021? Speriamo che il fisico regga": Federica Pellegrini commenta su Instagram il rinvio di un anno dei Giochi: "Devo nuotare ancora un anno, non ci posso credere… Ma è stata la decisione giusta". CORONAVIRUS:… https://t.co/Lr6b9OTQqN pic.twitter.com/a9L6VsDjfu
— sportlive (@sportli26181512) March 24, 2020
“Fede….Fede….Svgeliati…Hanno Dato L’Annuncio….sdrammatiziamo un po’, tulis beliau di Instagram tersebut yang membawa maksud “Fede…Fede (merujuk kepada namanya Federica], bangunlah sekarang….ayuh bergembira sedikit.”
Tindakan Pellegrini itu juga mungkin kerana sudah bosan duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa sepanjang tempoh berkurung di Itali.
Apa pula yang anda lakukan untuk menghilangkan kebosanan anda?