Firma perunding kewangan, Rinani Group Berhad dilaporkan telah membelanjakan RM5.1 juta untuk mendapatkan pegangan dan pemilikian Kuala Lumpur City FC.
Ini bermakna KL City kini sah mendapat pemilik baharu setelah menjadi anggota baharu keluarga Rinani Group yang turut terdiri daripada pelbagai entiti di dalam industri lain seperti Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC), Bintai Kinden Corporation Berhad, Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) dan Reneuco Berhad.
Mengulas pengambilalihan tersebut melalui satu kenyataan, Pengarah Rinani, Azri Azerai dipetik sebagai berkata:
— Azri Azerai (@azri28) February 7, 2023
“KL City FC adalah sebuah kelab elit yang akan terus mengetepikan sempadan untuk terus menjadi kelab bola sepak yang diuruskan secara profesional dengan ‘keputusan bola sepak’ sebagai teras.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) atas usaha yang telah mereka lakukan sebelum ini.
“Pengambilalihan KL City FC ini adalah sebahagian daripada proses penswastaan mandatori yang ditetapkan Malaysian Football League (MFL) di semua negeri/persatuan sebagai langkah transformasi kepada bola sepak yang lebih profesional dan memberi manfaat kepada pemegang taruh,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
KL City FC dijangka tampil gah musim ini selepas dimiliki pemilik baharu, Kumpulan Rinani https://t.co/GLlBp5kaxd
— Kosmo! Online (@kosmo_online) February 7, 2023
Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) mengesahkan jumlah RM5.1 juta yang dibayar oleh Rinani bermakna kumpulan itu memiliki 51% pegangan di dalam kelab.
Khalid turut mengesahkan KLFA tidak melepaskan semua pegangan di dalam kelab, dan ini bermakna persatuan itu masih memiliki 49% pegangan setelah menilai KL City pada harga RM10 juta.
Kita nilaikan pasukan kita sebanyak RM10 juta, jadi Rinani bersetuju untuk mengambil 51 peratus saham. Ini selari dengan konsep yang diajukan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), MFL dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“Kita pun tidak lepaskan pegangan 100 peratus dan kita akan sentiasa mencari jalan dan berusaha menjadikan perniagaan ini dapat mencetus kejayaan dalam tempoh dua atau tiga tahun,” jelas Khalid.
KL City FC adalah juara Piala Malaysia 2021 dan naib juara Piala AFC 2022. Pengambilalihan ini dijangka sudah tentu akan terus memantapkan pengurusan KL City, dengan harapan ia akan membuahkan lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.