Para penyokong Arsenal kini sudah pasti tersenyum puas tetapi kekal tenang sambil melihat penyokong Setan Merah berada dalam keadaan paling teruk ketika ini setelah Manchester United kalah di gelanggang sendiri 0-2 dengan lawan setempat , Manchester City.
Mungkin tiada lagi kedengaran #artetaout daripada peminat The Gunners pada hari ini berbanding dua bulan yang lalu disaat sebahagian pemain utama Arteta mengalami kecederaan (termasuk positif covid-19) dan pembelian pemain baharu yang belum cukup masak dengan pelan taktikal pengurus berbangsa Sepanyol ini.
10 perlawanan yang diharungi berturut tanpa kekalahan dalam semua pertandingan dan kini berada di tangga kelima menendang pasukan Ole ke tangga ke enam selepas menewaskan Watford 1-0 dalam perlawanan ke 11 (Premier League) membuktikan Arteta sedang melakukan perkara yang betul kepada pasukannya.
Job done 😃#ARSWAT
— Arsenal (@Arsenal) November 7, 2021
After Liverpool’s defeat to West Ham, Arsenal now have the longest unbeaten run in the Premier League:
WWWDDWWW
What a turnaround by Mikel Arteta. 👏 pic.twitter.com/bq2UcGG771
— Squawka Football (@Squawka) November 7, 2021
Norwich ✅
Burnley ✅
AFC Wimbledon ✅
Tottenham ✅
Brighton 🤝
Crystal Palace 🤝
Aston Villa ✅
Leeds ✅
Leicester ✅
Watford ✅Unbeaten in 10 – let's keep it going 🙌 pic.twitter.com/j7NI4R00Zm
— Arsenal (@Arsenal) November 7, 2021
Ini tiga sebab Arsenal berada dalam landasan sebenar untuk menjadi empat pasukan gergasi bersaing dengan Manchester City , Liverpool , Chelsea selain West Ham United di bawah pengurusan David Moyes yang berjaya menundukkan Liverpool malam semalam yang memadamkan rekod tanpa kalah terpanjang Jurgen Klopp sebanyak 25 perlawanan.
1. Aaron Christopher Ramsdale
Prestasi penjaga gol yang baru berusia 23 tahun ini semakin meningkat yang terbukti beliau telah mencipta rekod lima clean sheet setakat ini.
Aaron Ramsdale has now kept more clean sheets (5) than he has conceded goals (4) in the Premier League for Arsenal.
And he's still unbeaten. 🙌 pic.twitter.com/VjCw7RBWTi
— Squawka Football (@Squawka) November 7, 2021
Persembahan Ramsdale sangat mengagumkan ketika perlawanan menewaskan pasukan Brendan Rodgers 2-0 pada hujung bulan Oktober lalu dengan kemuncak prestasi beliau menyelamatkan beberapa percubaan dari Leicester City termasuklah lentingan badannya ke udara menepis bola daripada sepakan percuma James Maddison masuk ke gawang gol.
🧤 Eight saves
✅ Kept a clean sheet
🔥 Outrageous performance❤️ @AaronRamsdale98 pic.twitter.com/fJsk85RGWk
— Arsenal (@Arsenal) October 30, 2021
Ramsdale hanyalah sebagai penjaga gol simpanan ketika penjaga gol nombor satu Arsenal adalah kepunyaan Bernd Leno tetapi Mikel Arteta telah membuat keputusan yang tepat untuk Ramsdale sebagai penjaga gawang utama dan telah memberikan impak prestasi terbaik Arsenal.
2. Emile Smith Rowe
Penjana bahagian tengah skuad Arsenal ini mempamerkan prestasi yang cukup membanggakan. Kekreatifan anak kelahiran Croydon , United Kingdom ini turut mempamerkan ketajaman menjaringkan gol. Pemegang jersi bernombor 10 ini telah menjaringkan lima gol iaitu empat di Liga Inggeris dan satu untuk Liga Europa.
⚽️ Goal v Villa ✅
⚽️ Goal v Leicester ✅
⚽️ Goal v Watford ✅ @emilesmithrowe has scored in each of his last three @premierleague matches 😍#ARSWAT pic.twitter.com/5ErOqEDwYS— Arsenal (@Arsenal) November 7, 2021
3. Mikel Arteta Merevolusikan Arsenal Semula
Pengurus muda ini membawa revolusi baharu ke dalam kelab ini selepas Era Arsene Wenger dan Unai Emery dan beliau mendapati banyak kelemahan yang perlu diperbaiki apatah lagi ketika beliau mengambil alih tampuk kejurulatihan ketika pandemik Covid-19 bermula dan serta merta menangguhkan kesemua pelan perancangannya.
Arteta meletakkan satu sasaran iaitu ‘perpaduan’. Objektifnya ialah memastikan pengurusan , pemain dan kakitangan dan peminat berada dalam satu unit dan bekerja bersama-sama dengan kuat. Arteta berjumpa dengan pengurusan eksekutif seperti Edu, Josh Kroenke dan lain-lain mengadakan mesyuarat santai tanpa perlu formal hanya di sebuah kafe berdekatan dengan sungai selepas era endemik Covid19 bermula.
Ini menuntut komitmen terhadap perubahan minda untuk bekerja ke arah satu persekitaran yang dirasakan amat perlu bagi Arteta.
“Tanpa perpaduan, anda tidak boleh mencapai apa yang kami mahu capai,” kata Arteta. “Perpaduan bermaksud setiap orang yang bekerja dalam organisasi tahu bagaimana cara kami bermain , cara kami menyampaikan nilai kami, cara kami berhubung dengan peminat kami, pemilikan kami.
” Semua orang,seragam berfikir dengan cara yang sama, dengan tujuan yang sama, tanpa sebarang agenda individu, tanpa sebarang ego, hanya ‘Itulah tugasnya’. Itulah yang kami mahu dapatkan.”
Did you know…
Theres a huge image of Arsene Wenger on the wall with his hands raised which the #Arsenal players high five everyday, on arrival into the training ground.
One of many club wide revamp ideas by Arteta so the players can connect with the clubs history. #COYG 🔴⚪ pic.twitter.com/TtXa2wgO2L
— Jc 🔴⚪️ (@JakeClegg28) November 7, 2021
Salah satu kesempurnaan yang Mikel Arteta lakukan ialah dengan membangkitkan sejarah kegemilangan Arsenal pada ketika zaman kemasyuran Arsene Wenger. Beliau melobi untuk mengubah pusat latihan London Colney dengan lukisan mural-mural di dinding bangunan terdiri daripada kata-kata hikmah , kejayaan menjulang trofi dan senarai pemain-pemain terbaik The Gunners sebelum ini.
In the past, Mikel Arteta spoke about how important it was to change the culture around the club and to get the players/fans connected to the Arsenal DNA again.
He’s doing just that. #afc pic.twitter.com/FDpuR9WS6V
— now.arsenal (@now_arsenaI) November 6, 2021
Ini sudah pasti membangkitkan sentimen kepada sebuah kelab yang mahu disayangi , menjadikan kelab sebagai rumah kedua oleh pemain dan kakitangan. Ia juga menghidupkan semula DNA kelab antara pengurusan dan penyokong untuk menjadi lebih rapat lagi.
Rumusan
Mikel Arteta telah melepasi perlawanan ke 100nya dalam pertandingan yang disertai sebagai pengurus Arsenal. Kemenangan ke 54nya ke atas Watford telah mencapai satu sejarah kelab.
54 – In his 100th match in charge of Arsenal in all competitions, Mikel Arteta has earned his 54th win – the only manager in the club’s history to pick up more wins than the Spaniard from their first 100 games at the helm is George Graham (56). Building. pic.twitter.com/EJRpGuq5qo
— OptaJoe (@OptaJoe) November 7, 2021
Adakah Arteta akan terus membawa pasukannya yang mempunyai pemain terbaik dunia seperti Aubameyang , Lacazatte , Granit Xhaka dan lain-lain untuk memenangi satu trofi atau berada di kelompok empat teratas sehingga ke hujung musim , hanya merekalah yang dapat berusaha untuk menentukannya.