Respon Haaland Selepas Kena Troll Oleh Neymar Dan PSG Dipuji Ramai

Erling Haaland mengesahkan dirinya selaku pemain muda paling berbahaya dalam dunia sukan bola sepak dengan aksi cemerlang dalam perlawanan Borussia Dortmund menentang Paris Saint-Germain di pusingan 16 pasukan terbaik UEFA Champions League.

Penyerang Norway itu menyertai Dortmund pada Januari selepas menjaringkan 28 gol dari 22 perlawanan untuk Red Bull Salzburg pada separuh musim pertama 2019/20.

Dalam perlawanan menentang Dortmund di pusingan pertama, Haaland menjaringkan dua gol untuk memberikan Dortmund kemenangan 2-1.

Walaupun telah berusaha sebaik mungkin, Haaland masih gagal membantu Dortmund ke suku akhir selepas tewas secara agregat di perlawanan timbal balik.

Gol jaringan Neymar dan Juan Bernat di Parc des Princes memberi laluan untuk PSG ke suku akhir – kemenangan yang diraikan oleh pemain PSG seperti sudah memenangi kejuaraan eropah.

Segalanya bermula dengan Neymar yang meraikan golnya dengan gaya ikonik Erling Halaand.

Neymar menunjukkan jarinya sedang meniru jari Haaland di hadapan kamera.

Neyar dan rakan sepasukan yang lain pantas melakukan lagak tersebut bersama-sama selepas selesai perlawanan, dengan niat untuk troll dan menganjing Haaland.

Malah skuad PSG melakukannya sekali lagi di bilik persalinan dan kali ni disertakan dengan gambar Haaland di akaun Instagram dengan captiion: “Paris our city, not yours?”

Benar, kita semua juga tahu bahawa Neymar dan rakan sepasukan sebenarnya telah diperbodohkan dengan imej palsu Haaland, yang sebelum itu berkata “My city, not yours”. Kerana itulah mereka beria sangat nak kenakan balik pemain Norway itu.

Selepas beberapa minggu Haaland akhrnya ditanya sama ada beliau terasa dengan sikap pemain PSG.

Pemain berusia 19 tahun itu tampil dengan jawapan yang matang dan berkata kepada ESPN:

“Tidak. Saya berpendapat mereka [pemain PSG] membantu saya menyebarkan meditasi kepada dunia, dan menyatakan bahawa meditasi amat penting. Saya berterima kasih kerana mereka membantu saya.”

Haaland final version.mp4

PSG’s players mocked Erling Haaland for his meditation celebration.He told us why he’s thankful 👌

Posted by ESPN FC on Friday, May 1, 2020

Reaksi daripada Haaland telah mendapat pujian ramai penyokong sukan bola sepak. Malah mentaliti yang dimiliki pemain muda itu disifatkan sebagai mentaliti yang diperlukan untuk seorang pemain muda pergi jauh di dalam bidang ini.

 

Kongsi artikel ini