Remaja Usia 16 Tahun, Kyle ‘Bugha’ Giersdorf Raih RM12.5 Juta Selepas Bergelar POTY Esports Dunia

Remaja berusia 16 tahun yang juga pemain Fortnite, Kyle ‘Bugha’ Giersdorf terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang Pemain Terbaik Tahunan PC Esports di Anugerah ESports 2019 pada November lalu.

Kemenangan itu bermakna Bugha membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD 3 juta, atau bersamaan dengan RM12.5 juta. Bugha adalah juara Piala Dunua Fortnite pada awal tahun ini.

Untuk Anugereah Pemain Terbaik Tahunan Esports 2019, Bugha menewaskan dua calon lain iaitu Oleksandr ‘S1mple’ Kostyliev dan Luka ‘Perkz’ Perkovic.

Bugha memenangi dua anugerah pada majlis tahunan tersebut. Pemain Esports yang memiliki 500,000 pengikut di Twitter sejak menjadi terkenal sebagai pemain video ini turut memenangi Anugerah Pemain Terbaik Baharu PC.

Kemenangan di dalam kategori sebagai pemain baharu atau ‘rookie player’ ini sememangnya dijangkakan, tetapi Bugha tidak menjangkakan sama sekali kejuaraan Piala Dunia Fortnite turut memberikan beliau anugerah paling berprestij untuk pencapaian individu di dalam industri ESport.

“Saya amat terkejut. Saya tidak menjangkakan akan diumum sebagai pemenang untuk anugerah ini. Ia malam yang hebat. Saya berpendapat ada ramai pemain yang hebat untuk kategori ini. Jujur saya tidak menjangkakan kemenangan ini.

“Ia adalah perasaan yang amat hebat untuk menewaskan pemain lain dari kategori lain kerana mereka sudah berada di industri ini lebih lama. Pada saya, untuk tampil di sini dan memenangi satu kejohanan dan diumumkan pemenang pada malam ini adalah sesuatu yang amat bermakna.”

Dalam ucapannya Bugha turut berkata beliau teruja dengan masa hadapan Esports, dan remaja itu berharap lebih banyak perkara yang lebih besar dibawa ke dalam industri pada masa hadapan.

Bugha adalah pemain Fortnite yang berasal dari Pennsylvania, Amerika Syarikat. Beliau terlibat secara serius di dalam sukan ini sejak 2014.

Kongsi artikel ini