Expand To Show Full Article
Rekod Palsu Ronaldo Buat Rakan Sepasukan Juventus Musykil - Grandstand Kita

Rekod Palsu Ronaldo Buat Rakan Sepasukan Juventus Musykil

Rekod kurang tepat, atau salah yang didedahkan oleh FIFA ketika berkongsi fakta mengenai pemain dari Portugal itu membuatkan rakan sepasukan di Juventus musykil.

Sebelum ini FIFA melalui ciapan di Twitter berkata Cristiano Ronaldo adalah satu-satunya pemain yang berjaya mengumpul koleksi kejuaraan luga di Liga Perdana Inggeris, La Liga dan Serie A.

Ciapan tersebut bagaimanapun disambut oleh rakan sepasukan Ronaldo di Juventus, Danilo Luiz dengan penuh kemusykilan.

Ronaldo dan Danilo masing-masing telah menyumbang kepada kejuaraan Serie A Juventus pada musim ini.

Lantaran kejayaan tersebut, FIFA melakukan ciapan mengangkat kapten Portugal itu sebagai pemain spektakular kerana menjuarai kejuaraan liga di tiga negara.

โ€œ10 gol dalam 10 pertandingan setelah @SerieA_EN bersambung kembali membantu @Cristiano menjadi juara liga di England, Sepanyol & Itali. Tidak ada permain yang pernah meraih gelaran di tiga liga seperti itu.โ€

โ€œAsal negara [anda] tidak jadi masalah ketika anda berasal dari planet lain,โ€ demikian ciapan akaun Twitter FIFA yang kemudian pantas mendapat respon daripada Danilo.

Pemain berasal Brasil itu tidak berkata-kata apa-apa dalam membalas ciapan oleh @FIFA.com.

Danilo sekadar mengeluarkan emoji berkerut dengan telunjuk di dagu, seolah-olah mempersoalkan kebenaran fakta tersebut.

Balasan daripada Danilo cukup menggambarkan ekspresi pemain itu yang sebenarnya memiliki rekod yang sama dengan Ronaldo โ€“ meskipun memiliki garis masa yang berbeza.

Untuk rekod, Danilo pernah meraih kejayaan merangkul kejuaraan La Liga ketika berada dalam skuad Real Madrid yang sama dengan Ronaldo pada musim 2016/17.

Pemain bek kanan itu kemudiannya menyertai Manchester City dan meraih dua kejuaraan bersama skuad kendalian Pep Guardiola pada musim 2017/18 dan 2018/19.

Musim ini Danilo sekali lagi bersama-sama Ronaldo mencapai kejayaan di Serie A bersama Juventus, membuatkan beliau turut mempunyai rekod luar biasa seperti pemain dari Portugal itu.

Menyedari kesilapan fakta yang dikongsi tidak benar, FIFA dengan pantas memadam ciapan tersebut.

ย 

Kongsi artikel ini