Gergasi Serbia, Red Star Belgrade dikhabarkan telah menyambar seorang pemain yang dianggap ‘wonder kid’ dari Malaysia, iaitu Omar Raiyan Bin Kama Azlan berusia 15 tahun.
Omar Raiyan adalah pemain yang memiliki kerakyatan Malaysia dan ibu bapanya juga adalah dari negara ini.
Menurut surat permohonan yang tular di media sosial Twitter, Red Star Belgrade telah memohon untuk perpindahan antarabangsa untuk pemain tersebut pada Februari lalu.
— Jusri Shari (@The7thKnight) June 12, 2020
Surat tersebut dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, pada awal pagi tadi.
Ia disahkan pemain itu telah menyertai Red Star apabila perkongsian dari ayahnya di Facebook menunjukkan Omar Raiyan telah mengikuti latihan bersama kelab Serbia itu sejak bulan puasa yang lalu.
Eid is finished. Training with Red Star Belgrade continues. Omar said it feels strange now that he can drink water during training instead of just rinsing his mouth while training during Ramadhan…:)
Posted by Kama Azlan Muhammad on Monday, 25 May 2020
Nama Omar Raiyan sebenarnya bukan pertama kali mencuri tumpuan rakyat Malaysia. Pada 2016, Omar Raiyan dikenali sebagai seorang murid berusia 16 tahun yang merupakan genius matematik dan pakar kiub rubic.
Bola sepak bukanlah sukan yang asing buat Omar. Beliau menyertai akademi Manchester City pada usia 9 tahun dan merupakan antara pemain yang menyerlah di dalam sistem akademi tersebut.
Lebih menarik, Omar Raiyan yang beraksi di posisi tengah ini juga dianggap sebagai seorang atlet serba boleh kerana turut cemerlang di dalam acara renang.
Malah anak muda ini turut pernah memenangi dua anugerah sebagai perenang terbaik ketika mewakili sekolahnya di Abu Dhabi.
Omar Raiyan is the second Malaysian to sign for Red Star Belgrade after Adam Hamid, who plays as a left-back. pic.twitter.com/XuCtqs9s63
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) June 13, 2020
Omar Raiyan jelas seorang pemain bola sepak serba boleh. Selain daripada kebolehan bermain piano, beliau juga berkebolehan bertutur di dalam empat bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis.
Ia seolah-olah Omar Raiyan boleh melakukan apa sahaja yang beliau mahu lakukan dengan cemerlang.
Menurut ciapan daripada @harimau_abroad pula, Omar Raiyan bukan satu-satunya pemain berdarah Malaysia yang sedang beraksi bersama Red Star Belgrade. Sebelum Omar, Red Star turut telah menyambar bek kiri, Adam Hamid.
Perkembangan terbaru ini semestinya adalah berita baik untuk bola sepak negara. Diharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan selanjutnya untuk membawa kedua-dua pemain beraksi bersama pasukan kebangsaan di masa hadapan.