Real Madrid kini sedang menanti kelulusan daripada UEFA untuk membenarkan mereka mengharungi baki perlawanan pada musim ini di Estadio Alfredo Di Stefano.
Stadium berkapasiti 6,000 tersebut terletak bersebelahan Kompleks Valdebebas milik kelab, dan merupakan arena yang selama ini digunakan oleh Castilla.
Peraturan UEFA sebelum ini berkata semua perlawanan pada setiap musim wajib diharungi di sebuah stadium sahaja sebagai tuan rumah.
The evolution of Santiago Bernabeu 😍 pic.twitter.com/Xj3x7u3yqr
— Ayodeji Ayodeji (@AyodejiX2) April 19, 2020
Namun jika ada keperluan untuk kebaikkan bola sepak, peraturan tersebut boleh diberikan pengecualian asalkan Di Stefano turut boleh memenuhi garis panduan yang disyaratkan oleh penganjur.
Setakat ini La Liga telah memberikan persetujuan, dan Real Madrid turut memerlukan pengesahan daripada UEFA untuk saingan peringkat Eropah.
Semua perlawanan di Sepanyol dijangka akan diadakan di stadium tertutup. Real Madrid melihat peluang ini untuk mempercepatkan proses pengubahsuaian Estadio Santiago Bernabeu.
Check out what the Santiago Bernabéu will look like once Real Madrid have finished their planned £500 million makeover: https://t.co/qZS0lT9hbw pic.twitter.com/lb24auTw8Z
— SoccerBible (@SoccerBible) April 16, 2020
Bagaimanapun Estadio Alfredo Di Stefano sendiri turut perlu melalui beberapa kerja naik taraf untuk kebenaran digunakan oleh skuad utama Real Madrid, seperti kemudahan penyiaran dan juga VAR.
Inibukan kali pertama Real Madrid beraksi di stadium tanpa penyokong atau di luar Santiago Bernabeu selaku pasukan tuan rumah.
Pada musim 1987/88 Real Madrid pernah menjadi tuan rumah kepada Diego Maradona dan Napoli di pertandingan Piala Eropah tanpa kehadiran penyokong sebagai hukuman kekecohan penonton pada musim sebelumnya.
Los Blancos menang perlawanan tersebut dengan jaringan 2-0.
Real Madrid are looking to leave the Santiago Bernabeu and play at the 6,000-capacity Alfredo Di Stefano Stadium if La Liga resumes behind closed doors [Daily Mail]
Holding matches elsewhere would help accelerate the redevelopment of the Bernabeu#Rmapic.twitter.com/Lis0MQx5Nl
— SoccerPulz (@PulzSoccer) April 20, 2020
Kemudian Real turut pernah melayan kunjungan Porto di Mestalla pada 1987, dan Rayo Vallecano di Estadio Vicente Calderon pada 1994.
Kedua-dua perlawnan turut berakhir dengan kemenangan untuk Los Blancos.
Sekiranya diluluskan, maka Real madrid akan beraksi menentang Eibar, Valencia, Real Mallorca, Getafe, Alaves dam Villarreal di stadium sementara mereka itu.