Reaksi Sedih Diego Simone Selepas Melihat Bekas Bintang Atletico Seperti Dianak Tiri Oleh Barcelona

Pengurus Atletico Madrid, Diego Simone mengakui terkejut melihat penampilan Antoine Griezmann hanya terhad sebagai pemain gantian di minit akhir perlawanan.

Pemain berusia 29 tahun itu mengakhiri tempoh lima tahun bersama Atletico dengan menyertai Barcelona selepas gergasi Catalan itu melunaskan jumlah £107 juta yang terdapat di dalam klausa perpindahan pemain tersebut.

Namun demikian Griezmann gagal memberikan impak yang sama di Nou Camp seperti mana ketika beliau bersama Atletico di bawah kendalian Simeone sebelum ini.

Ketika ditanya mengenai situasi Griezmann di Barcelona, Simeone ketika bercakap kepada Movistar berkata: “Saya kehilangan kata-kata.”

Griezmann adalah watak utama skuad Atletico kendalian Simeone ketika menjuarai Spasnish Super Cup dan Europa League ketika beliau masih bersama Atletico.

Pemain antarabangsa Perancis itu hanya memulakan perlawanan dari bangku pemain simpanan ketika Barcelona berhadapan Athletic Bilbao dan Sevilla pada minggu-minggu sebelum ini, dan sukar mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama.

Selepas 43 penampilan pada musim ini, Griezmann hanya menjaringkan 14 gol, dan kali terakhir berbuat demikian ketika Barcelona seri 1-1 menentang Napoli pada Ferbruari lalu.

Pengurus Barcelona Quique Setien menyifatkan sebagai sukar untuk menurunkan Griezmann tanpa menganggu kestabilan pasukan.

“Saya faham ia sukar buat Griezmann untuk beraksi ketika hanya beberapa baki perlawanan tinggal. Saya akan bercakap dengan beliau esok. Saya tidak akan meminta maaf kerana kerana ia adalah mengenai keputusan [yang harus dilakukan],” ujar Setien.

“Tetapi saya faham beliau mungkin rasa kecewa dan saya juga simpati kerana beliau adalah pemain yang baik dan profesional.”

Sebelum ini timbul perkhabaran percakaran dan perselisihan faham timbul di antara Griezmann dan kapten pasukan, Lionel Messi.

Sejauh mana perkara tersebut mempengaruhi prestasi Griezmann dan Barcelona secara keseluruhannya tidak diketahui.

Kongsi artikel ini