Lihat Reaksi David Beckham Kena Troll Penyokong Los Angeles FC Selepas Kekalahan Inter Miami

Kelab milik David Beckham, Inter Miami tewas perlawanan pertama MLS kepada Los Angeles FC.

Ia bukan debut yang dikehendaki oleh bekas pemain tengah Manchester United itu sebagai pemilik kelab – yang menyaksikan pasukannya tewas kepada bola lambung bekas pemain Arsenal dan West Brom, Carlos Vela.

Pemain antarabangsa Mexico itu menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan tersebut pada minit ke-44 perlawanan selepas menewaskan tiga pertahanan Inter Miami.

Kemenangan tersebut membawa Los Angeles FC menduduki tangga ke-6 Western Conference, manakala Inter Miami milik David Beckham terperosok ke kedudukan ke-12 di Eastern Conference.

Beckham disertai oleh isterinya Victoria, dan anak sulung pasangan itu Brooklyn di tempat duduk VIP. Tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan debut Inter Miami itu adalah selebriti chef terkenal, Gordon Ramsay.

Menariknya Beckham tidak terus meninggalkan tempat duduknya selepas perlawanan tersebut. Sebaliknya beliau melayan karenah sekumpulan penyokong Los Angeles FC yang melakukan troll – atau bahasa lain mengejek kekalahan Inter Miami.

Tindakan penyokong Los Angeles itu boleh difahami mengambil kira perseteruan diantara bekas kelab Beckham sebagai pemain, LA Galaxy dan Los Angeles FC sebagai kelab setempat.

lonely.mp4

"You look lonely!" LAFC fans trolled David Beckham in the stands 🤣 (via brn_slippy/Twitter)

Posted by ESPN FC on Monday, 2 March 2020

“You Look Lonely”, nyanyi penyokong Los Angeles beramai-ramai melihat Beckham yang seolah-olah termenung bersendirian di tempat duduknya.

Walaupun diejek sedemikian, reaksi daripada Beckham amat tidak ternilai. Tidak seperti sesetengah penyokong bola sepak yang sukar menerima gurauan, Beckham sekadar tersenyum dan melambai tangan ke arah kumpulan tersebut.

Malah bekas pemain AC Milan, Real Madrid dan PSG itu sempat melakukan flying kiss kepada penyokong Los Angeles.

Demikianlah bola sepak. Penyokong akan sentiasa jadi penyokong. Menang bersorak, kalah seperti Beckham-lah kita.

Inter Miami yang dibimbing oleh juara dua kali Champions League CONCACAF akan menyambung kempen mereka Sabtu hadapan menentang DC United.

 

Kongsi artikel ini