Kelab Austria, RB Salzburg mengamalkan social distancing atau penjarakan sosial ketika menjulang trofi di dalam stadium kosong untuk meraikan kejayaan pasukan itu meraih kejuaraan Piala Austria.
Walaupun normal baharu itu tampak janggal, dan pelik, dan sepi, ia juga adalah gambaran bagaimana Liverpool bakal meraikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas ini.
Dalam majlis penyampaian trofi dan medal itu, Salzburg dibenarkan menikmati kejayaan selama mana yang mereka kehendaki, asalkan mengikuti SOP yang ditetapkan seperti sentiasa mengamalkan penjarakan sosial di kalangan pemain.
🇦🇹🏆 Jesse Marsch has his first silverware in Austria, as RB Salzburg take a 5-0 win over SC Austria Lustenau in the Austrian Cup final! pic.twitter.com/lb9yIEXAtP
— beIN SPORTS USA (@beINSPORTSUSA) May 29, 2020
Pada acara yang berlangsung pada Jumaat lalu, pemain Salzburg berdiri di atas satu hamparan berwarna merah yang luas dan mempunyai bulatan di mana pemain dibenarkan berdiri untuk memastikan keselamatan diri.
Kapten pasukan, Andreas Ulmer kemudiannya menjulang trofi di dalam stadium kosong, sambil rakan sepasukan yang lain meraikannya dari jarak yang ditetapkan.
Video keraian Salzburg itu menjadi tular di seluruh dunia dan mendapat pandangan berbeza daripada peminat bola sepak seluruh dunia.
I just don't understand the social distancing celebration stuff when you literally just got done playing face to face and body to body for 90 minutes.
— Andy Harris (@A_Harrisimo) May 29, 2020
Ada yang berpendapat, penjarakan sosial sudah tidak diperlukan ketika pemain Salzburg meraikan kejayaan. Ini kerana mereka telah bermain bersama dengan melakukan kontak rapat sesama mereka sepanjang 90 minit perlawanan.
Dalam perlawanan akhir Piala Austria, RB Salzburg menewaskan SC Austria Lustenau dengan jaringan 5-0.
Penyampaian trofi Liga Perdana Inggeris boleh kelihatan sama selepas mereka berjaya mengesahkan kejuaraan.
The Reds kini hanya memerlukan enam mata dari baki sembilan perlawanan untuk dinobatkan juara England.
Belum ada jadual perlawanan baharu dikeluarkan oleh pihak Premier League, namun saingan dijangka akan dimulakan kembali pada pertengahan Jun nanti.