Dua minggu lagi masa tambahan. Demikianlah ketetapan yang diperolehi dari Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjelaskan baki tunggakan bekas pemain import, Casio Francisco de Jesus.
Sebelum ini KAFA diarahkan oleh badan bola sepak dunia, FIFA untuk menjelaskan tunggakan gaji Casio berjumlah RM629,620.28 sebelum 23 Mei yang lalu.
KAFA bagaimanapun tampil memfailkan rayuan agar keputusan badan induk bola sepak dunia itu diketepikan.
Saya berikrar akan perjuangkan Bola Sepak Kelantan sehingga titisan akhir. Kata Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff …
Posted by Ahmad Muzakkir Hamid – Page on Friday, 22 May 2020
Namun menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid tempoh lanjutan itu bermula pada 22 Mei lalu selepas wujudnya peruntukan khas di CAS dari segi tempoh masa untuk memfailkan dokumen akibat penularan wabak global.
“Lanjutan masa ini memberi tempoh yang lebih panjang kepada KAFA dalam persediaan kes rayuan terbabit,” ujar beliau seperti yang dipetik dari Berita Harian pada hari ini.
“Ini juga satu perkembangan positif untuk KAFA dalam mencari jalan penyelesaian di samping mengaktifkan tabung derma atas talian bagi menyelamatkan bola sepak Kelantan.
#SIARANMEDIAKAFAKAFA BUKA DERMA ATAS TALIAN SELAMATKAN BOLASEPAK KELANTAN9 Mei 2020Merujuk kepada perkembangan…
Posted by Kelantan FA on Saturday, 9 May 2020
KAFA mula melancarkan tabung untuk membayar tunggakan gaji Casio pada 9 Mei yang lalu. Badan bola sepak negeri itu turut merayu bantuan daripada Kerajaan Negeri Kelantan demi menyelamatkan KAFA daripada terus menerima nasib lebih malang akibat kegagalan melunaskan tunggakan tersebut.
“Kita sudah melengkapkan segala proses dokumentasi yang diperlukan dan kita sudah mendapat maklum balas bahawa CAS pun sudah menerima dokumen yang kita kemukakan,” tambahnya lagi.
Perkembangan terkini KAFA1- Pihak KAFA telah menfailkan rayuan utk mengenepi dan membatalkan keputusan FIFA ke…
Posted by Ahmad Muzakkir Hamid – Page on Sunday, 17 May 2020
“Jadi di sini, ada ruang untuk penangguhan pembayaran seperti yang kita hajatkan.
“Kita masih ada peluang dan masa kalau CAS menerima rayuan kita.”
Walaupun sebelum ini peguam kepada Casio mengesahkan pintu rundingan sudah ditutup sebaik sahaja KAFA menyerahkan kes tersebut kepada CAS, Ahmad Muzakkir berkata pihak KAFA akan tetap berusaha agar rundingan dengan pihak Casio dapat dilakukan.