Rakyat Malaysia semestinya berbangga kepada bekas jaguh sukan skuasy dunia , Datuk Nicol Ann David yang telah diberikan penghormatan sebagai Atlet Terhebat Dunia Sepanjang Zaman tahun 2020.
Sumber gambar : Bernama
Ratu skuasy Malaysia itu telah mendapat kemenangan besar dalam satu tinjauan di talian global yang berakhir pada pukul 9 malam semalam. Pengundian ini telah bermula pada awal Januari yang lalu.
Sebagai satu-satunya calon Asia, Juara dunia skuasy lapan kali ini merupakan calon dari Asia yang menjadi pendahulu sejak hari pertama pengundian yang telah dibuka memperolehi 318943 undi dengan majoriti lebih 200,000 undi berbanding pemenang di tempat kedua menurut laman web rasmi The World Games di sini .
Atlet kelahiran negeri Pulau Pinang yang berusia 37 tahun , yang mempunyai rekod sembilan tahun sebagai pemain nombor satu dunia menewaskan 23 atlet yang mewakili sukan masing-masing dari semua edisi 40 tahun sejarah sukan dunia.
Datuk Nicol Ann David has been named the “Greatest Athlete of All Time” by international sporting association, The World Games, after she received the most votes in an online poll conducted by them.
📸: Bernama #nicoldavid #squash #greatest #athlete pic.twitter.com/GrgDakCHeW
— Malay Mail (@malaymail) February 1, 2021
Sejarah terpahat kepada Ratu Skuasy Negara ini kerana beliau merupakan atlet Malaysia yang pertama mendapat pengiktirafan sedemikian dan namanya sebaris dengan atlet dunia yang pernah dinobatkan dalam anugerah itu. Antara lagenda atlet terhebat dunia Muhammad Ali (tinju) , Michael Jordan (bola keranjang) , Pele ( Bolasepak) dan Michael Phelps (renang).
Menyertai sebagai ahli Women International Squash Professional Association (WISPA) pada tahun 2000 dan kejuaraan pertama Nicol David adalah menjadi pemain skuasy tempatan pertama memenangi Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka CIMB pada tahun 2005 dan selepas itu rentas masanya terus menerus meraih kejayaan demi kejayaan dan mencipta pelbagai rekod dalam sukan skuasy.
She later joined WISPA and turned professional in 2000 when she won her first WISPA title, after only a month in the tour. She then became the first local player to win the Women's CIMB Malaysian Open Squash Championship title in the event’s 31-year history in 2005 pic.twitter.com/ZLouVkUUct
— Shotbook (@Shotbook_my) January 8, 2020
Selepas 27 tahun , beliau mengambil keputusan menggantungkan raket pada Jun 2019. Pengumuman persaraan beliau itu telah pun di buat pada Februari 2019. Kini Datuk Nicol Ann David terlibat aktif sebagai speaker motivasi , penasihat sukan dan membuat kerja amal melalui yayasan yang ditubuhkan sendiri iaitu Yayasan Nicol Ann David.
Sehingga kini , sukan skuasy Malaysia masih belum menemui pengganti yang setanding dengan Nicol David. Namun legasi , sejarah dan semangatnya masih lagi diingati oleh semua warganegara Malaysia diatas kejayaan mengharumkan nama negara.
Nicol David juga menjadi duta kenderaan berjenama mewah Mercedes-Benz Malaysia sejak awal tahun 2018 lagi.