Expand To Show Full Article
Rasmi : Zakuan Adha Kembali Ke Pangkuan Negeri Sembilan Perkuatkan Pasukan Musim 2021 - Grandstand Kita

Rasmi : Zakuan Adha Kembali Ke Pangkuan Negeri Sembilan Perkuatkan Pasukan Musim 2021

Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) mengalu-alukan kepulangan penyerang kebangsaan , Zaquan Adha Abd Radzak ke pangkuan pasukan yang pernah menaikkan nama pemain itu pada 10 tahun yang lalu.

Perkembangan pemain yang berusia 33 tahun itu telah diumumkan melalui platform media sosial kelab bola sepak pada hari Isnin.

Pengalaman dan kudrat Zaquan ditagih semula bagi mengembalikan kegemilangan Negeri Sembilan (NS) yang pernah dikecapi sebelum ini.

“Saya tidak menganggap benda ini sebagai satu tekanan. Saya mengambil ini sebagai satu cabaran bagi diri saya.

Pengalaman yang saya ada jadikan sebagai satu cabaran untuk saya dan mungkin cabaran ini mungkin memberikan impak positif dan momen yang baik untuk saya , sebab saya tahu Negeri Sembilan sudah sekian lama tidak berada di satu tahap yang tinggi.” ujarnya dalam sidang media pada hari semalam.

Zaquan memulakan karier awalnya di Negeri Sembilan bersama kembarnya Aidil pada tahun 2006 dan nama beliau pantas diingati oleh penyokong Hoben Jang Hoben kerana prestasi cemerlangnya bersama pasukan tersebut.

Pemain kembar itu telah membantu pasukannya memenangi Liga Super 2006, Piala Malaysia 2009, 2011 dan Piala FA 2010 sebelum beliau menyertai pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilatih Satiananthan a/l Bhaskaran (B.Satiananthan) pada ketika itu.

Di ATM beliau merangkul kejuaraan Liga Super Malaysia dan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia tetapi tewas kepada Kelantan 3-2 pada tahun 2012.

Prestasi penyerang yang memuncak itu dipantau oleh kelab JDT dan hanya semusim bersama ATM , beliau serta Aidil mendapat tawaran ke kelab Johor Darul Ta’zim dan berhijrah ke negeri selatan pada tahun 2013.

Selepas bermain dengan beberapa pasukan seperti Perak TBG , Kuala Lumpur dan Kedah , Zaquan dan rakan sepasukan akan di bimbing oleh jurulatih baru K. Devan yang kembali ke Negeri Sembilan buat kali ketiga bagi musim 2021 ini bagi menggantikan Sazali Saidon.

Dalam saingan Liga Premier 2020 Negeri Sembilan berada pada kedudukan kedua tercorot daripada 12 pasukan selepas mencatatkan tiga kemenangan, dua seri dan enam kekalahan.

 

 

 

Kongsi artikel ini