Selepas tujuh tahun berkolobrasi dengan perusahaan kenderaan jenama terkenal Chevrolet Amerika , Manchester United telah mengumumkan perjanjian usahasama yang baru dengan sebuah syarikat teknologi software terkemuka.
Pushing New Boundaries
Introducing our new shirt partner, starting 2021/22 @TeamViewer https://t.co/1Zx9lK6Uym pic.twitter.com/QpUymuNEnj— Manchester United (@ManUtd) March 19, 2021
Team Viewer yang berpengkalan di Goppingen , Jerman telah memeterai perjanjian yang bernilai £235 juta selama lima tahun sebagai penaja bahagian hadapan jersi Setan Merah. Penajaan yang akan diterima oleh kelab berkenaan sebanyak £47juta semusim dan kedua-dua belah pihak sedang berunding untuk penajaan kit latihan juga.
Manchester United have agreed a five-year deal, worth £235m, with global technology company TeamViewer to become their principal shirt sponsor from next season.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) March 19, 2021
Pengarah Urusan Manchester United Richard Arnold berkata “Kami sangat bangga menjalin kerjasama ini dengan salah satu syarikat perisian global yang paling menarik dan dinamik.
“Keupayaan untuk berhubung dan berkolaborasi tidak pernah lebih penting bagi dunia dan komuniti kami yang terdiri daripada 1.1 bilion peminat dan pengikut.
“Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan TeamViewer untuk mewujudkan visi kami untuk perkongsian yang dibina berdasarkan kaedah menghubungkan orang dan perniagaan yang lebih bijak.”
TeamViewer adalah perisian akses kawalan jauh penyelenggaraan komputer dan peranti lain. Kali pertama perisian ini dilancarkan 2005 dan fungsinya telah berkembang selangkah demi selangkah.
You can now inspect-by-vision with digitalized maintenance and inspection workflows!
Do you want to know how? Explore the hands-free efficiency with our xInspect solution 👉https://t.co/aECTsjqEj0 #xInspect #AR #AugmentedReality #wearables pic.twitter.com/8TpMYw6YoV
— TeamViewer (@TeamViewer) March 17, 2021
TeamViewer adalah perisian yang dilesenkan tetapi tidak memerlukan pendaftaran dan ianya percuma untuk penggunaan bukan komersial.
Alat ini telah dipasang pada lebih dari dua bilion peranti. TeamViewer merupakan produk teras syarikat yang berpusat di Göppingen , German dengan nama yang sama.