Penyerang sensasi muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin kini sah pemain KV Kortrijk setelah mengikat kontrak profesional bersama kelab Belgium.
Majlis mengikat kontrak Luqman berlangsung pada tengah hari tadi di salah sebuah hotel terkemuka di luar negara.
Tak lama lagiβ¦β³π²πΎ π§πͺ#sTayMindful #staysafe #newnormal #RMCO #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/FbfjGo0nOO
β Team Malaysia (@TeamMsia) August 6, 2020
Produk Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) itu telah mengikat kontrak selama lima tahun bersama kelab Jupiler Pro League itu, dan dijadualkan akan terbang ke Belgium pada minggu hadapan.
Turut hadir menyaksikan majlis bersejarah itu adalah pemilik kelab KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan.
Sebelum ini masa depan Luqman menjadi tanda tanya setelah beliau dikatakan telah mengikat kontrak bersama Selangor.
Sebenarnya kami di Berjaya Times Square Hotel untuk majlis menandatangani kontrak antara @luqmansham10 & @kvkofficieel. π
Tak lama lagi nak mula dah ni! #sTayMindful #staysafe #newnormal #RMCO #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/8DPwR7qSQO
β Team Malaysia (@TeamMsia) August 6, 2020
Malah tahap kecergasan pemain itu turut dipersoalkan, sehingga dikataan menyertai Selangor untuk memulihkan tahap kecergasan sebelum menyertai Kortrijk.
Perbincangan diantara KV Kortrijk dan Selangor akhirnya menemukan titik persefahaman apabila Selangor rela melepaskan penyerang skuad B-19 negara itu kepada Kortrijk dengan beberapa syarat yang dipersetujui diantara kedua-dua pihak.
Sebenarnya ia bukan rahsia lagi impian Luqman adalah untuk mengembangkan bakat beliau ke Eropah.
Malah pemain itu turut sudah melantik ejen yang berpengkalan di London untuk memudahkan urusan kariernya.
πβπ» Luqman Hakim
Done deal! π€ Secara rasminya @luqmansham10 telah menjadi seorang pemain @kvkofficieel & menandatangani kontrak selama 5 tahun. Here we go! π΄βͺ #sTayMindful #staysafe #newnormal #RMCO #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/wfhlmsFq09
β Team Malaysia (@TeamMsia) August 6, 2020
Dalam satu temuramah dengan Dunia Bola sebelum ini, pemain kelahiran Kota Bharu itu pernah menyatakan beliau mahu beraksi bersama Real Madrid sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian pada masa hadapan.
KV Kortrijk pastinya adalah permulaan yang baik untuk Luqman memulakan karier di eropah sebelum membuktikan kemampuan dirinya kepada pemantau-pemantau bakat dan kelab-kelab besar eropah yang lain.
Β