Expand To Show Full Article
Rasmi : Jose Mourinho Sah Di Pecat - Grandstand Kita

Rasmi : Jose Mourinho Sah Di Pecat

Nasib jurulatih yang dikenali sebagai ‘special one’ sebelum ini telah berakhir setelah pengurusan Spurs memecat beliau walaupun baru 17 bulan melatih kelab berkenaan. Berita ini tidak sampai dua jam berlegar di arus media Twitter , Facebook dan akhbar dalam talian.

Desas-desus jurulatih berasal dari Portugal ini akan disingkirkan dari kelab itu telah mula didengari selepas aksi Tottenham Spurs menunjukkan prestasi yang sangat teruk.

Berada pada tangga ke tujuh dan hanya mampu seri dengan Everton sahaja pada Jumaat yang lalu di Liga Premier Inggeris serta tersingkir dari kejohanan Liga Europa adalah satu petunjuk yang sangat tidak digemari oleh lembaga kelab Tottenham Hotspurs.

Bermula dengan baik pada awal musim 2020/2021 dengan menundukkan Manchester United yang mengalami kekalahan besar 6-1 dan pernah merasai sebagai pendahulu liga , mereka menunjukkan prestasi tidak konsisten pada Disember tahun lepas.

Walaupun Mourinho berjaya membawa anak-anak buahnya sampai ke perlawanan akhir bertemu Manchester City dalam Carabao Cup pada Ahad akan datang , tetapi pengurusan kelab tetap tidak memerlukan beliau lagi kerana cukup sudah peluang yang telah diberikan.

Dengan pemecatan Mourinho dan semua staff kejurulatihannya kelab telah melantik Ryan Mason sebagai ‘caretaker’ berkuatkuasa serta merta untuk melatih skuad senior. Daniel Levy , Pengerusi Spurs berkata , mereka akan memulakan misi pencarian jurulatih yang baru sejurus musim ini berakhir.

Bagaimanapun kita tidak perlu risau apatah lagi jurulatih itu kerana sudah pasti Mourinho akan menerima pampasan gaji yang lumayan berdasarkan kontrak yang telah dimeterai pada tahun 2019 yang lalu.

 

Kongsi artikel ini