Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim menerusi kenyataan oleh Pengarah Sukan , Martin Prest telah mengumumkan Jonathan Herrera sebagai penyerang import baru yang menggantikan Diogo Luis Santo bermula musim 2021 ini.
Pengumuman berkenaan telah dikongsikan oleh platform media sosial rasmi Johor Southern Tigers sebentar tadi. Menurut Martin Prest , Jonathan adalah merupakan pemain yang sangat sesuai dengan corak permainan JDT dengan usianya.
We were looking at a few players to complete the squad and in the end, we decided on signing Jonathan Herrera as our foreign striker.
[1/2] pic.twitter.com/RU1XvlyUIW
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 18, 2021
Seterusnya Jonathan Herrera akan melengkapkan kuarantin terlebih dahulu dan akan diperkenalkan secara rasmi bersama dua orang lagi pemain yang baharu
Penyerang berasal dari Argentina yang berusia 29 tahun ini dikatakan akan menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab Johor Darul Ta’zim.
According to @CLMerlo via his Instagram account, Jonathan Herrera is expected to fly over this Saturday to sign a 3 year contract with JDT, pending medical examination.
cc @BB_Johor pic.twitter.com/OIsUuo4dhq
— Sivan John (@SivanJohn_) January 14, 2021
Pemain ini merupakan seorang pemain di Primera B Nacional iaitu liga divisyen dua Argentina kelab Deportivo Riestra merupakan seorang penyerang yang pernah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak pada musim 2017/2018
Perkembangan pencarian penyerang terbaru JDT ini sekaligus menceriakan para penyokong Johor Darul Ta’zim sebagai persiapan menghadapi Liga Super Malaysia musim 2021 ini.