Expand To Show Full Article
Rasmi : Jonathan Herrera Di Pinjamkan Ke Kelab Argentina. - Grandstand Kita

Rasmi : Jonathan Herrera Di Pinjamkan Ke Kelab Argentina.

Kejutan dari kelab Johor Darul Ta’zim sebelum sepak mula Liga Malaysia apabila penyerang baru mereka Jonathan Herrera akan dipinjamkan ke kelab Independiente Argentina.

Berita itu tular di platform Twitter pada hari semalam melalui beberapa ciapan daripada sumber media Argentina.

Penyerang berusia 29 tahun ini baru sahaja diumumkan sebagai penyerang baru Harimau Selatan pada awal Februari yang lalu ternyata ia sangat mengejutkan para penyokong JDT kerana baru sahaja turun berlatih bersama-sama dengan pemain yang lain.

Bagaimanapun dalam satu perkongsian Insta Story oleh Tunku Mahkota Johor , baginda memaklumkan bahawa merupakan satu tawaran yang tidak dapat dilepaskan oleh JDT oleh kelab dari Argentina itu.

Sumber : Insta Story TMJ
“Di beli dengan harga 800 ribu. Dapat tawaran pinjaman dengan pilihan belian US1.3 juta dollar. JDT tidak dapat menolaknya. Kelab memerlukan lebih wang sekarang. Tiada hal peribadi. Ia adalah satu perniagaan.”

Ternyata TMJ bijak dalam membuat keputusan demi kebaikan kantung kewangan dalam meneruskan kelangsungan kelab akibat kesan pandemik Covid-19 yang maha dahsyat ini.

Kemungkinan peminat setia perlu menunggu lagi penyerang import  baharu JDT yang akan menggantikan Herrera atau Benjamin Mora akan memilih penyerang yang ada di JDT untuk menjadi mesin gol skuadnya itu.

 

 

 

Kongsi artikel ini