Kelab Johor Darul Ta’zim secara rasmi memperkenalkan seorang pemain baru mereka , Mohamadou Sumareh sebagai ahli keluarga JDT pada hari ini. Ia bukan satu berita yang mengejutkan di kalangan para penyokong Johor Southern Tigers dan peminat bola sepak tempatan bahawa pemain ini bakal menyarung jersi merah biru kebanggaan rakyat Johor.
Pemain naturalisasi negara Mohamadou Sumareh sudah berada di Malaysia. Malah difahamkan dia sudah bersama dengan pasukan barunya sekali gus bakal kembali beraksi dalam Liga Malaysia.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) February 5, 2021
Menerusi perkongsian video daripada saluran rasmi media sosial Johor Southern Tigers yang dikeluarkan pada jam 03.15 petang , sebuah limousine mewah membawa pemain itu ke ibu pejabat kelab berkenaan yang melalui stadium Sultan Ibrahim , Nusajaya dan kehadirannya telah disambut oleh Pengarah Teknikal Kelab JDT , Alistair Edwards serta pengurus merangkap jurulatih JDT , Benjamin Mora.
"Driver, please take me to the best club in Malaysia."
Welcome to the Home of Champions, Sumareh! ❤️💙#MohamadouSumareh#NewSigning#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/H4dBY5Llb4
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 9, 2021
Dalam video tersebut pemain naturalisasi itu telah menandatangani kontrak yang disaksikan oleh kedua-dua individu penting dalam kelab JDT. Pemain ini turut melawat stadium Sultan Ibrahim dan akan memakai jersi bernombor 13 pada musim 2021.
Pada hujung tahun lalu , dalam temubual eksklusif DYAM Tunku Mahkota Johor di satu program Astro Arena , baginda telah memaklumkan berkenaan dengan bekas pemain Pahang ini akan meminta restu daripada Tunku Muda Pahang , Tengku Abdul Rahman ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah , sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) membawa pemain itu ke negeri Johor.
As for Mohamadou Sumareh, JDT will speak to Pahang as a sign of respect. TMJ did indicate that his right-wing options could be Sumareh, Safawi and Arif Aiman, and on the left, it would Cabrera, Akhyar and Ramadhan. 😳 #MFLTransfer2021 #MSL2021
— T. Avineshwaran (@avineshW90) December 17, 2020
Sumareh merupakan pemain ketiga JDT selepas Daniel Amer dan Jonathan Herrera menjadi pemain terbaru memperkuatkan cabaran JDT di liga Malaysia dan pentas tertinggi AFC Champions League (ACL) pada musim ini.