RASMI: FAM Mohon Kebenaran MKN & KKM Sambung Semula Liga Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi telah mengesahkan badan induk bola sepak negara itu telah menghantar permohonan rasmi kepada badan berkaitan untuk membenarkan Liga Malaysia disambung kembali.

Turut dilakukan selain daripada perbincangan bersama pasukan bertanding, FAM turut berkomunikasi dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam merangka pelan selanjutnya.

Dan menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, akhirnya beliau bersama dengan presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan telah mengadakan satu mesyuarat khas dengan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican di pejabatnya di Putrajaya, petang semalam.

“FAM dan MFL sudah tentu mengutamakan aspek kesihatan negara mendahului bola sepak. Namun sebagai badan induk bola sepak di Malaysia, kami perlu berusaha untuk mencari jalan supaya bola sepak dapat diteruskan dan sebab itulah kami mahu mendapatkan nasihat pakar daripada pihak yang bertanggungjawab.

“Apa juga arahan atau sekatan daripada KKM atau MKN, FAM terbuka sepenuhnya untuk menerimanya dan akan mematuhi segala arahan yang diberikan nanti walaupun ia membawa kepada pembatalan semua aktiviti bola sepak,” ujar kenyataan tersebut.

 

Kongsi artikel ini