RASMI : Carlo Ancelotti Pengurus Baharu Real Madrid CF

Real Madrid tidak mengambil masa yang lama untuk mencari pengganti Zinedine Zidane yang telah meletakkan jawatan apabila Carlo Ancelotti diumumkan sebagai pengurus baharu kelab tersebut.

Wartawan sukan yang tidak asing di dunia bola sepak Fabrizio Romano telah memaklumkan dalam laman twitternya menyatakan , Carlo Ancelotti telah mengikat kontrak selama tiga tahun (2021 – 2024) dengan menerima gaji sebanyak 6 juta euro semusim.

Pengurus kelahiran Itali ini pernah menjulang Real Madrid pada tahun 2013-2015 dan telah menghadiahkan kejuaraan Liga Juara-juara Eropah yang ke 10 selain Trofi UEFA Super Cup , Copa del Rey dan Club World Cup pada tahun 2015 di kenali “La Decima” semasa menjadi pengurus Los Blancos dalam tempoh berkenaan.

Waktu itu , Ancelotti bergandingan dengan pemain GOAT , Cristiano Ronaldo dalam memenangi trofi terulung di dalam Eropah.

Dua pemain yang masih kekal di Real Madrid semenjak zaman Carlo Ancelotti ialah Karim Benzema dan Sergio Ramos dan ia merupakan satu ‘reunion’ dengan kedua-dua pemain veteran itu.

Sebelum ini , nama pengurus Antonio Conte juga disebut dalam khabar angin dalam menggantikan Zinedine Zidane , namun Real Madrid memilih Ancelotti berdasarkan sejarah kejayaannya sebelum ini.

Real Madrid tidak mahu mengambil masa yang lama untuk melantik pengurus baharu kerana kelab berkenaan mahukan pembentukan skuad Los Blancos baharu untuk musim depan setelah pada tersingkir daripada separuh akhir UCL dan terpaksa berpuas hati di tangga kedua La Liga.

Dalam kenyataan Ancelotti kepada bekas kelabnya Everton , beliau mengucapkan terima kasih kepada para pemainnya , penyokong kelab , pengurusan lembaga kelab dan kakitangan kejurulatihan kerana memberikan peluang memimpin kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.

Namun , Ancelotti terpaksa meninggalkan kelab itu untuk kembali semua ke kelab yang dicintainya untuk mencari cabaran yang baru buat Real Madrid.

Carlo Ancelotti mungkin telah mempunyai beberapa senarai pemain untuk diburunya dalam pembentukan Los Blancos baharu untuk kembali semula persaingan dalam La-Liga musim depan diantara Ateltico Madrid dan Barcelona.

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email