Rashford Pemain Tumpuan Dalam Derbi Manchester

Suhu derbi kali ini kelihatan panas dengan kedua dua pengurus sudah balas berbalas pantun sebelum game.

Manchester United di bawah kendalian Ole memiliki rekod yang baik berhadapan dengan big 8 musim ini.

Dan mereka masih tak kalah lagi musim ini berhadapan dengan big 6.

Manchester United memiliki senjata yang boleh harap depan gol dengan adanya Marcus Rashford.

Harus diakui ketika ini beliau sudah proven sebagai big game player untuk kelabnya.

Beliau memiliki rekod yang sangat baik berhadapan dengan big 6.

Dan Manchester United sudah menghangatkan keadaan dengan video khas menunjukkan aksi pemain muda itu ketika beraksi berhadapan dengan pasukan big 6.

Ianya bukan perkara yang mudah untuk bermain dalam big game dan mencipta gol sebanyak yang Rashford ada.

Beliau akan menjadi pemain penting mengepalai serangan United dalam aksi derbi Manchester malam ini.

United kini berada di tangga ke-6. Mereka perlu menang perlawanan ini untuk merapatkan kedudukan dengan 4 teratas.

Manchester City pula sedar dalam aksi derbi tiada istilah pasukan pilihan.

Mereka dalam usaha untuk merapatkan jurang mata dengan Liverpool.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email