Raphael Varane mengejutkan Perancis apabila mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa – walaupun dicanang bakal menjadi kapten seterusnya skuad Les Bleus.
Pemain pertahanan Manchester United itu adalah tunjang utama skuad Perancis yang menjulang Piala Dunia 2018 di Rusia, dan telah merekodkan 93 penampilan untuk negaranya sejak sedekad lalu.
Persaraan Varane turut meneruskan pengakhiran sebuah lagi era pasukan itu selepas penjaga gol, Hugo Lloris turut mengambil langkah yang sama pada bulan lalu.
Official. Raphaël Varane announces his retirement from international football, he won’t play for French national team anymore. 🚨🇫🇷 #France #MUFC pic.twitter.com/ZsMrEm5VhF
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 2, 2023
Perancis dilaporkan merancang untuk memberikan lilitan kapten kepada Varane selepas persaraan Lloris. Namun jelas pemain pertahanan tengah itu sudah mempunyai perancangan lain selepas ini.
Selepas ketiadaan dua pemain paling berpengalaman di dalam skuad Perancis, Get French Football melaporkan lilitan kapten akan diberikan kepada Kylian Mbappe selepas ini.
Varane melalui sebuah kenyataan yang disertakan dengan foto dirinya memegang trofi Piala Dunia berkata:
“Mewakili negara hebat ini untuk tempoh sedekad yang lalu adalah satu penghormatan besar kepada diri saya. Setiap kali saya menyarung jersi berwarna biru ini, diri saya dipenuhi rasa kebanggaan.
“Tanggungjawabnya adalah untuk memberikan segalanya, untuk bermain dengan sepenuh hati dan untuk menang setiap kali melangkah masuk ke padang.
“Saya telah mempertimbangkan perkara ini banyak kali sejak beberapa bulan lalu dan akhirnya memutuskan kini adalah masa yang tepat untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa.
“Sebagai kanak-kanak, saya masih mengingati mengikuti skuad Perancis 98, pasukan dan pemainnya yang memberikan kita pengalaman dengan emosi yang sukar dijelaskan.
“Saya mengimpikan untuk berbuat perkara yang sama apa yang hero kita lakukan. 20 tahun kemudian, saya berpeluang meraih sendiri pengalaman terbesar dalam hidup saya, sesuatu yang membuatkan diri saya merasa bangga.
“Kita berjaya membawa piala itu pulang! Saya tidak akan melupakannya. Saya masih ingat setiap cebisan perasaan pada ketika itu, 15 Julai 2018. Ia adalah antara detik terhebat yang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila.
“Kejayaan yang kita menangu bersama-sama ini tidak akan mampu dilakukan tanpa sokongan Didier Deschamps, setiap anggota lain di dalam pasukan, kakitangan yang bersama kita selama ini, dan rakan sepasukan yang tampil memepertahankan jersi kita di setiap perlawanan.
Thanks for the memories, @raphaelvarane ❤️
The 2018 #FIFAWorldCup winner has announced his international retirement 🇫🇷🏆 pic.twitter.com/Foqu6G3lnB
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) February 2, 2023
“Tetapi perkara terutama, kejayaan ini juga tidak akan mampu dicapai tanpa sokongan anda semua. Semangat anda, keraian dan memori ketika kami kembali ke Perancis pada ketika itu tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
“Walaupun selepas tewas di final pada tahun lalu, dan penampilan yang baik di kejohanan lalu, anda semua tetap mengalu-alukan kepulangan kami. Kepada semua anda di sana, ribuan-ribuan terima kasih diucapkan!
“Saya akan merindui momen bersama anda semua, tetapi masanya telah tiba untuk generasi baharu mengambil alih. Kita memiliki kumpulan pemain muda berbakat besar yang bersedia untuk mengambil alin, yang turut layak mendapat peluang dan mereka juga memerlukan sokongan anda semua.”
Debut Varane bersama Perancis adalah ketika kemenangan menentang Georgia pada Mac 2013 di pusingan kelayakan Piala Dunia 2014.
Beliau dengan pantas menjadi tunjang utama Les Bleus walaupun kecederaan pangkal paha menyebabkan dirinya terpaksa melupakan EURO 2016.
Après 🔟 années et 9⃣3⃣ sélections en Bleu, @raphaelvarane a décidé de prendre sa 𝗿𝗲𝘁𝗿𝗮𝗶𝘁𝗲 𝗶𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗲 🇫🇷
𝘔𝘦𝘳𝘤𝘪 𝘱𝘰𝘶𝘳 𝘵𝘰𝘶𝘵 𝘙𝘢𝘱𝘩𝘢𝘦̈𝘭 💙#FiersdetreBleus pic.twitter.com/lh0iKcY4Q9
— Equipe de France ⭐⭐ (@equipedefrance) February 2, 2023
Selepas itu Varane beraksi setiap minit di Piala Dunia 2018, dan menjaringkan gol pertama perlawanan di suku akhir menentang Uruguay.
Varane kini menjadi pemain keempat yang pernah memenangi Piala Dunia dan pada masa yang sama turut menjuarai Champions League pada tahun yang sama sepertimana apa yang pernah dilakukan oleh Christian Karembu (1998), Roberto Carlos (2002) dan Sami Khedira (2014).
Persaraan Varane daripada pentas antarabangsa bagaimanapun pasti menjadi berita baik buat Manchester United, kerana pemain pertahanan itu akan mampu berehat ketika jendela perlawanan FIFA.
United jelas berjaya menunjukkan penambahbaikkan di bahagian pertahanan pada musim ini, hasil gandingan Varane dan Lisandro Martinez.
Musim lalu Varane terlepas 13 perlawanan untuk United kerana kecederaan, tetapi hanya tidak bermain dalam 3 perlawanan liga untuk United pada musim ini.