Raphael Varane Mahu Jumpa Ancelotti Sebelum Buat Keputusan Masa Depannya Sertai Manchester United

Pemain pertahanan Real Madrid ini tidak mengambil keputusan terburu-buru untuk menyertai kelab gergasi Inggeris , Red Devils yang baru pulang menjalani tugasan kebangsaan  Perancis setelah tersingkir daripada kejohanan EURO 2020 yang lalu.

Some recent reports may be wide of the mark

Beliau dikatakan mahu berjumpa dengan bos baharu Los Blancos , Carlo Ancelotti terlebih dahulu untuk berbincang dengannya sebelum memutuskan masa depan ke manakah arah tuju dirinya selepas ini.

Raphael Varane yang memiliki kontrak hanya setahun lagi dengan Real Madrid merupakan sasaran utama pengurus Ole Solksjaer untuk memantapkan pertahanan tengah yang mahu menggandingkan pemain ini bersama Harry Maguire pada musim depan.

Benteng pertahanan bek tengah Manchester United ini dikatakan agak bermasalah pada musim lepas sebagai salah satu punca kelab ini tidak dapat memenangi sebarang kejuaraan trofi termasuklah perlawanan akhir Piala Europa 2020/2021 ketika tumpas kepada Vallencia FC.

Pemain berusia 28 tahun ini mahu meninggalkan Real Madrid atas alasan untuk mencari cabaran baharu juga dikatakan kelab Paris Saint Germany dan Chelsea cuba merisik beliau namun , Manchester United menjadi pilihan utama destinasi baru.

Bagaimanapun kedua-dua belah pihak diantara pemain dan wakil kelab Setan Merah telah mempersetujui terma perjanjian termasuk gaji , kontrak dan bonus cuma pemain ini mahu mengambil sedikit masa untuk berehat sambil memikirkan sedalamnya sebelum membuat sebarang keputusan.

Manchester United yang akhirnya berjaya membawa Jadon Sancho dari kelab Borussia Dortmund selepas setahun penuh dengan drama untuk membawa pemain itu ke Old Trafford untuk musim depan.

Manchester United telah bersetuju memeterai dengan pemain ini dengan yuran perpindahan €90 juta (ada tambahan) , yuran agen , terma peribadi dan kontrak 5 tahun sehingga 2026.

Sancho should be confirmed as a United player soon

Jadon Sancho adalah merupakan pemain sayap yang sangat diperlukan oleh Solksjaer untuk memantapkan bahagian jentera tengah untuk mencabar kejuaraan liga Inggeris dan sekurang-kurangnya mendapatkan satu kejuaraan trofi pada musim 2021/2022 untuk penyokong Setan Merah.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email