Rangers Menang Besar di Liga Scottish : Steven Gerard Puji Pemainnya

Steven Gerard memuji keseluruhan aksi pemainnya yang menang ke atas pasukan lawan dengan berpesta lapan gol lapan tanpa dibalas oleh Hamilton Academical yang berada di tangga terbawah dalam Scottish Premiership.

“Perkara yang menggembirakan hari ini adalah kami sangat klinikal.” Kata Gerrard.

“Lihat , kita belum berada di tahap di mana kita dapat bermain dengan ego dalam permainan atau tahap apa pun. Kami berusaha untuk menjadi pasukan yang menang , pasukan yang berjaya. Kami tidak berada dalam posisi untuk tidak menghormati lawan atau pasukan mana pun.

“Ini mengenai Rangers yang berusaha sekuat yang kita boleh dan selaras dengan yang kita mampu.” Ujarnya kepada wartawan selepas perlawanan itu berakhir.

Kemar Roofe , Joe Aribo dan James Tavernier telah menjaringkan dua gol manakala Scott Arfield dan Brandon Barker menambah penderitaan Hamilton Academical dengan masing-masing satu gol peribadi.

Skuad yang bermain di stadium Ibrox ini kekal dengan 38 mata di puncak Liga Perdana Scotland, walaupun Celtic di tempat kedua berkelebihan memiliki dua perlawanan di atas tangan lagi.

Steven Gerrard telah dilantik sebagai pengurus Rangers FC dalam perjanjian empat tahun pada Mei 2018 yang lalu.

Bekas pemain tengah Liverpool yang berusia 39 tahun menggantikan Graeme Murty , yang ditugaskan sebagai pengurus Interim selepas pemecatan Pedro Caixinha pada Oktober 2017.

Gerrard, yang meninggalkan peranannya sebagai jurulatih skuad muda di akademi Anfield untuk mengambil tugas Rangers musim panas itu  pernah memegang lilitan menjadi kapten pasukan The Reds dan England.

Pada tahun 2005 , Gerrard menjadi mastermind kepada Liverpool setelah berjaya menumpaskan AC Milan (penalti) untuk bergelar Juara Liga Juara UEFA 2005 di bawah pengurus Rafael Benitez.

Gerrard membuat 710 penampilan dan memenangi sembilan trofi untuk Liverpool selama 19 tahun dan mewakili England sebanyak 114 kali. Dia menjadi ketua pasukan kebangsaan di tiga daripada enam kejohanan utama dan menjadi kapten Reds selama hampir 12 tahun.

Dia bersara pada tahun 2016 setelah bermain untuk LA Galaxy dan bergabung dengan pasukan muda di Anfield setelah menolak tawaran untuk menjadi pengurus MK Dons.

Kongsi artikel ini