Ralf Rangnick Dipuji Berikan Peluang Debut Pertama Tom Heaton Di UCL 2021

Ralf Rangnick membuat 11 pertukaran pemain dalam perlawanan menentang kelab dari Switzerland BSC Young Boys tanpa kelibat pemain utama seperti Cristiano Ronaldo , Bruno Fernandes , David De Gea dan Harry Maguire dalam aksi perlawanan terakhir kumpulan F , Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi tadi.

Keputusan pengurus interim ini sangat mengejutkan oleh penyokong Manchester United , tetapi apa yang dilakukan oleh beliau tidak mendapat kritikan oleh mana-mana pihak terutama daripada bekas pemain Manchester United yang menjadi pundit bola sepak EPL seperti Roy Keane , Gary Neville dan Rio Ferdinand.

Apa yang lebih mengejutkan lagi , Ralf Rangnick juga telah memberikan peluang kepada penjaga gol nombor tiga Setan Merah , Tom Heaton membuat debut yang pertama untuk dirinya dalam saingan liga berprestij tinggi ini.

Dean Henderson yang berada di kesebelasan utama dijangka akan bermain sepenuh perlawanan namun terpaksa mengalah dengan keputusan bosnya untuk dikeluarkan dan digantikan oleh Tom Heaton pada 20 minit terakhir perlawanan.
Ternyata keputusan Ralf Rangnick mendapat pujian daripada para penyokong Manchester United dan ini menunjukkan secara jelas pengurus yang di gelar ‘ Bapa Gengerpressing’ memberikan peluang sama rata kepada semua pemain dalam menunjukkan prestasi terbaik masing-masing bagi merebut tempat di skuad senior.

Penjaga gol nombor tiga Manchester United ini kembali ke Old Trafford pada September lalu merupakan pemain ditandatangani oleh Sir Alex Ferguson pada tahun 2005 daripada Wrexham. Bagaimanapun , Heaton kerap dipinjamkan kepada kelab-kelab kecil lain seperti Swindon Town , Royal Antwerp , Queens Park Rangers , Rochdale dan Wycombe Wanderes sehingga tahun 2010.

Menyedari hakikat bahawa mustahil dia akan mendapat tempat di skuad utama akhirnya Heaton dijual kepada Cardiff City pada tahun 2010. Dua tahun selepas itu dia menjadi penjaga gol Bristol City dan selepas tahun berikutnya dia disambar oleh kelab Burnley. Di Burnley , Heaton menjadi penjaga gol utama kelab itu dengan membuat penampilan sebanyak 188 kali.

Pada tahun Julai 2019 , Heaton meninggalkan kelab Burnley dan menyertai Aston Villa dengan tanda harga 9 juta euro. Bagaimanapun menjelang awal Januari 2020 , beliau terpaksa berehat panjang setelah mengalami kecederaan lutut sehingga hujung musim. Thomas Heaton hanya sempat membuat 20 penampilan sahaja dan kehadiran penjaga gol baharu yang muda dari Argentina , Emiliano Martinez menghadkan lagi peluang yang ada untuknya.

Pada Julai 2021 , Aston Villa melepaskan beliau selepas tidak lagi menyambung kontraknya kembali dan ini membuka jalan kepada Manchester United yang sedang mencari penjaga gol ketiga selepas Sergio Romero dilepaskan ke kelab Venezia , Argentina.

Kembali Thomas David Heaton pada usia 35 tahun merupakan satu tuah yang tidak dapat ditolak olehnya. Dan kini beliau sudah pasti amat gembira setelah membuat penampilan yang pertamanya untuk Manchester United yang tidak dapat berbuat demikian pada 20 tahun yang lalu.

Kemungkinan Heaton bakal mengakhiri kariernya di Manchester United atau tidak ia adalah sesuatu yang belum pasti. Namun hakikatnya impian untuk beraksi dengan kelab gergasi seperti Red Devils telahpun tertunai.

Kongsi artikel ini