Umumnya , berita mengenai Safawi Rasid yang akan kembali ke kelab Johor Darul Tak’zim bagi musim 2021 telah pun disahkan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor pada hari Khamis yang lalu dalam satu program khas stesen televisyen swasta.
Safawi Rasid's farewell photo with his Portimonense teammates. He will return to JDT for the 2021 season. pic.twitter.com/bpRK1qmlbV
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) December 19, 2020
Pada hari ini gambar Safawi Rasid yang diberikan penghormatan dan diraikan oleh pemain-pemain kelab Portimonense S.C di dalam bilik persalinan kelab tersebut sebagai tanda ucap salam perpisahan telah dikongsikan dalam media sosial oleh warganet.
Safawi Rasid 23 tahun telah dipinjamkan kepada kelab di Liga Portugal , Portimonense S.C pada awal Oktober yang lalu selepas Johor Darul Ta’zim merangkul kejuaraan kali ke tujuh Liga Super Malaysia.
Beliau berangkat ke Portugal pada 05 Oktober 2020 dan telah pun berada di sana selama tiga bulan.
Safawi Rasid menjalani latihan bersama Portimonense ⚫⚪ pic.twitter.com/pTP3tBObBb
— Pemain Ke-12 (@pemain_ke_12) November 11, 2020
Keterujaan peminat Safawi Rasid bermain di Liga Eropah diiringi doa dan harapan semoga urusan pemain itu berjalan dengan lancar.
Para penyokong di Malaysia juga mengharapkan Safawi Rasid akan tampil dalam kesebelasan utama dalam perlawanan utama dan sekaligus menjadi pemain Malaysia pertama bermain di liga kompetetif berkenaan.
Bagaimanapun Safawi Rasid hanya berada bangku simpanan sahaja oleh jurulatih kelab itu.
Portimonense vs Nacional #LigaNos. Safawi Rasid di bangku simpanan. pic.twitter.com/rkc0JUXW2R
— Pemain Ke-12 (@pemain_ke_12) November 29, 2020
Safawi Rasid was on the bench as Portimonense were knocked out of the Taça de Portugal by third-division club UD Leiria. pic.twitter.com/VtYvQWlJTi
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) November 21, 2020
Ketiadaan Safawi Rasid dalam kesebelasan utama untuk bermain dalam perlawanan kompetetif ternyata mengecewakan peminatnya di tanahair.
Kekecewaan mereka diluahkan dalam media sosial rasmi facebook kelab berkenaan sehingga ia menjadi satu isu apabila kecaman dan kritikan warganet terhadap kelab itu menjadi panas.
Peminat tidak sabar mahu melihat penampilan Safawi dalam liga utama Portugal. https://t.co/3Psyefrkga
— Utusan Malaysia (@UMonline) December 5, 2020
Namun sebahagian daripada pemerhati bolasepak menyatakan bahawa penyokong Safawi Rasid perlu bersabar dan tunggu pemain berkenaan boleh menyesuaikan diri dengan corak permainan yang lebih pantas kelab tersebut berbanding di liga Malaysia.
Kembalinya Safawi Rasid ke JDT pada musim depan akan menguatkan lagi pasukan JDT ditambah dengan beberapa kemasukan pemain yang baru.