Raja Permin FC mencuri tumpuan netizen dengan menampilkan infografik menarik kesebelasan utama menentang penularan wabak COVID-19.
Selepas 67 hari negara dilanda wabak COVID-19 sejak kes pertama dilaporkan pada 25 Jan lalu, petugas kesihatan merupakan antara barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam memerangi virus membunuh ribuan nyawa di seluruh dunia.
Petugas kesihatan ini antaranya adalah doktor dan jururawat yang berhadapan secara langsung berhadapan dengan pesakit COVID-19.
Senarai daerah zon merah atau bahaya yang terkini.
Jika kawasan tertentu dalam zon merah ini menunjukkan peningkatan kes posiif yang mendadak, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikenakan.
Anda yang berada zon hijau, terus amalkan langkah penceahan. pic.twitter.com/lyrvXYfqe6
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 31, 2020
Pelbagai usaha telaj dilakukan pihak kerajaan dalam usaha untuk membendung atau dengan kata lain melawan COVID-19 daripada terus berleluasa di negara ini.
Langkah drastik, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut dilaksanakan mulai 18 Mac lalu.
Ini bermakna lebih banyak agensi kerajaan dan juga swasta terlibat. Antaranya pihak polis, askar, bomba, penghantar makanan daripada Foodpanda dan Grab Food misalnya, penghantar khidmat penghantaran dan pos dan sebagainya.
Walaupun kebanyakkan rakyat kini berada di rumah untuk tujuan keselamatan diri, petugas-petugas inilah yang memastikan setiap urusan harian kita kekal seperti biasa di sebalik segala kesulitan yang dihadapi pada hari ini.
BEST SOCIAL MEDIA
Terengganu Amateur League 2019Alhamdulillah.
Raja Permin Football Club buat kali kedua berturut-turut #TheRossoneri telah dinobatkan sebagai Media Sosial Terbaik untuk #TAL2019. Penghargaan yang berharga untuk kami berkarya.#KitaRajaPermin
⚫🔴⚫🔴⚫ pic.twitter.com/gRAMX4V1OB— Raja Permin Football Club – #StayAtHome (@RajaPerminFC) February 8, 2020
Media sosial Raja Permin FC, sememangnya dikenali dengan kandungan terkini dan menyegarkan – terutama melalui infografik dan kreativiti yang sentiasa menarik perhatian.
Tidak keterlaluan jika kami katakan, team media Raja Permin FC adalah jauh lebih baik dan berfungsi berbanding pasukan-pasukan profesional yang bersaing di aras tertinggi bola sepak negara.
Kerana itulah ianya bukan perkara menghairankan Raja Permin FC telah dipilih sebagai pemenang anugerah media sosial terbaik Terengganu Amatuer League untuk dua musim berturut-turut sebelum ini.
STARTING XI
Malaysia Heroes v COVID-19
Thank you Our Heroes for always be there for us.#KitaRajaPermin#TheRossoneriTackleCovid19 pic.twitter.com/ifxClBVjIT
— Raja Permin Football Club – #StayAtHome (@RajaPerminFC) March 30, 2020
Terbaru, Raja Permin keluar dengan infografik petugas-petugas barisan hadapan dengan formasi bola sepak.
Menggunakan formasi 4-4-2, petugas-petugas tersebut disusun mengikut posisi masing-masing. Beberapa jawatan dan petugas lain turut diletakkan sebagai pemain simpanan.
Kesebelasan utama tersebut menyerupai kesebelasan utama Fantasy Premier League yang biasa dimainkan oleh kaki bola. Bezanya, tiada mata untuk dari setiap pemain dan posisi.
Semua pihak berganding bahu demi melawan COVID-19. Turut disertakan bersama adalah langkah pencegahan COVID-19 untuk informasi orang ramai.
Infografik sebegini amay mudah difahami, kreatif dan menarik perhatian sesiapa sahaja. Perkara paling penting, mesej itu turut berjaya disampaikan.
Tahniah Raja Permin FC!