Kemenangan 3-1 ke atas Turkmenistan di pusingan kelayakan Piala Asia 2023 pada malam tadi turut akan memberi kesan kepada kedudukan ranking FIFA pasukan negara.
Menurut ciapan oleh Football Rankings, kemenangan 3-1 ke atas Turkmenistan pada malam tadi bermakna skuad kendalian Kim Pan-gon itu sudah pun meraih 14.25 mata.
Asian Cup 2023 Qualification
πΉπ² Turkmenistan 1-3 Malaysia π²πΎFIFA rankings points after match:
πΉπ² 1115.35 (- 14.25)
π²πΎ 1056.32 (+ 14.25)Rankings after match:
πΉπ² 135 (- 1)
π²πΎ 147 (+ 6)#FIFARankings #AsianCup2023 #ACQ2023— Footy Rankings (@FootyRankings) June 8, 2022
Kemenangan ke atas Hong Kong dalam perlawanan persahabatan sebelum ini pula memberikan Malaysia 5 mata ranking. Kemenangan ini sudah memberi Malaysia kenaikkan satu anak tangga.
Friendly Match
π²πΎ Malaysia 2-0 Hong Kong ππ°FIFA rankings points after match:
π²πΎ 1042.08 (+ 5.16)
ππ° 1048.19 (- 5.16)Rankings after match:
π²πΎ 153 (+ 1)
ππ° 149 (- 1) #FIFARankings— Footy Rankings (@FootyRankings) June 1, 2022
Manakala kemenangan ke atas Turkmenistan pada malam tadi memungkin Harimau Malaya memanjat sehingga enam anak tangga.
Sudah tentu kemenangan ke atas Bahrain dan Bangladesh selepas ini akan memberikan lebih banyak mata ranking kepada pasukan negara.
Buat masa ini Malaysia berada di kedudukan ke-154 dunia dengan jumlah mata terkumpul 1035.06. Buat masa ini pasukan negara berada di bawah beberapa pasukan lain seperti Myanmar, Hong Kong dan Liberia.
Carta Kedudukan Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023
* Selepas Hari Perlawanan 1 pada Rabu, 8 Jun 2022
BAHRAIN π§π 2-0 π§π© BANGLADESH
TURKMENISTAN πΉπ² 1-3 π²πΎ MALAYSIAβΆοΈ Seterusnya Malaysia akan bertemu Bahrain pada Sabtu, 11 Jun 2022#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/PXS9Im0xaL
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 8, 2022
Kedudukan tersebut dijangka berubah selepas ini, dan sekiranya kiraan pasukan negara akan melonjak 7 kedudukan, ini bermakna skuad Kim Pan-gon akan berada di kedudukan ke-147 dunia.
Mata ranking penting untuk skuad Harimau Malaya kerana ia juga akan menentukan seedings atau kedudukan undian untuk pusingan akhir Piala Asia 2023 sekiranya berjaya melayakkan diri nanti.