Dominasi Yamaha di MotoGP Andalusia yang lalu sebenarnya dibantu oleh persiapan pada tayar, iaitu teknik yang disarankan oleh Michelin kepada semua pasukan untuk lakukan.
Menurut Motorsport.com, pembekal tayar jentera MotoGP itu telah menghantar email kepada setiap pasukan pada pusingan kedua musim 2020, dengan mencadangkan mereka untuk menggosok tayar hadapan lembut pada ketika sesi warm-up.
Setiap gosokan dilakukan pada setiap tiga lap: lap perlahan, satu lap pantas, dan ketika pertengahan lap.
Clasificación general MotoGP 2020 tras los resultados de hoy en el GP de Andalucía ➡️ https://t.co/pVgyCyYx5E ⬅️ Fabio Quartararo y Yamaha se confirman como los grandes dominadores del campeonato en ausencia de Marc Márquez. #AndaluciaGP 📸 Michelin pic.twitter.com/fbWfLqwJsb
— JESUS SANCHEZ SANTOS (@JesSanSan) July 26, 2020
Ideanya adalah gosokan tersebut akan mengalihkan lapisan filem dari tayar, dan selepas ia sejuk dan diletakkan di dalam selimut, satu reaksi kimia akan berlaku pada lapisan getah.
Keadaan ini akan membuatkan tayar lebih tahan panas, dan boleh digunakan pada kadar 10 degrees lebih sejuk dari normal sekaligus menambah daya tahan permukaan tayar.
Seorang jurucakap daripada Michelin berkata: “Dari masa ke semasa kami akan mencadangkan setiap pasukan melakukan kaedah yang kami percaya boleh membantu mereka. Namun ia terpulang kepada mereka untuk mengikutinya.
Sebelum balapan, Michelin mengirim email ke semua tim dan merekomendasikan untuk menggosok ban belakang. https://t.co/ZND5shsL3q
— Kompas.com (@kompascom) July 29, 2020
“Anda melakukan tiga lap. Kemudian anda membiarkan tayar tidak bertutup untuk sejuk. Selepas sejuk, anda menutup tayar sehingga ke saat perlumbaan.
“Prosedur tersebut membuatkan kompaun tersebut lebih tahan panas dan boleh mengurangkan suhu sehingga 10 degree.”
Hanya empat penunggang Yamaha, termasuk penunggang Petronas SRT Fabio Quartararo dan peunggang Suzuki, Alex Rin melengkapkan gosokan pada tayar pada sesi warm-up pada tayar lembut masing-masing walaupun setiap pasukan memilih menggunakan tayar lembut yang sama.
Dan pada ketika suhu trek mencedah 60 darjah celcius ketika perlumbaan, Quartararo nyata mempunyai kelebihan apabila berjaya mendahului pada lap awal.
Yamaha rider Fabio Quartararo has won the Andalusia Grand Prix, his second consecutive victory since the MotoGP season began after the pandemic break.
Maverick Vinales and former champion Valentino Rossi finished second and third pic.twitter.com/JKhdNMjhbw
— BFM News (@NewsBFM) July 27, 2020
“Kebiasaannya kami akan menggunakan tayar baharu pada grid permulaan,” kata Quartararo selepas perlumbaan.
“Namun kali ini kami memilih untuk mengekalkan tayar selepas tiga pusingan warm-up pada sebelah pagi, dan memulakan perlumbaan dengan tayar yang telah digunakan.
“Ia memberikan kesan nyata, dan saya mahu mengucapkan tahniah kepada keseluruhan pasukan.”