Radamel Falcao : Impak Yang Besar Sekiranya Bermain Untuk JDT Pada Musim Depan

Radamel Falcao merupakan satu nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kancah dunia bola sepak antarabangsa. Pemain yang berasal dari Colombia ini mungkin sedang menghitung hari untuk menggantungkan but ini setelah kariernya berada dipenghujung.

Penyerang berusia 35 tahun ini sedang bermain untuk sebuah kelab di Turki. Galatasary FC merupakan kelab yang sedang beliau mewakili bermula pada September 2019 apabila kontraknya tamat bersama kelab Monaco di Liga Perancis.

Bagaimanapun terdapat satu laporan daripada media sukan di Turki menyatakan , bahawa pemilik kelab Johor Darul Ta’zim sedang mempertimbangkan untuk membawa bekas penyerang bertaraf dunia yang pernah mewakili Porto FC , Atletico Madrid , Chelsea dan Manchester United ke Stadium Sultan Ibrahim pada musim depan.

Sumber media sosial Twitter rasmi fotomac ini menyatakan , “Kelab paling popular di Malaysia , Johor meminta Radamel Falcao daripada Galatasary. Difahamkan Presiden Kelab , Putera Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara peribadi ingin membuat pertukaran dan melakukan perpindahan terbesar dalam liga bola sepak Malaysia.”

Sebelum ini , kelab jolokan Southern Tigers pernah membawa nama-nama besar pemain daripada Eropah seperti Pablo Aimar , Daniel Guiza dan Simone Del Niro yang bermain sekurang-kurangnya satu musim di kelab tersebut.

Tunku Mahkota Johor juga hampir berjaya untuk membawa masuk kelab Alexander Pato dari Brazil , namun bekas pemain AC Milan dan Chelsea ini memutuskan untuk menyertai kelab liga Arab pada hujung tahun lepas.

Membawa pemain-pemain yang mempunyai nama gah dalam industri bola sepak seluruh dunia mempunyai impak dan kesan yang sangat baik seperti kelab Johor Darul Ta’zim. Tetapi sudah pasti Tunku Mahkota Johor sangat berhati-hati dalam setiap pembelian pemain yang berstatus bintang supaya ia membawa satu pertaruhan berbaloi.

Justeru , apakah impak yang dapat dilakukan oleh Radamel Falcao sekiranya beliau menjadi seorang pemain JDT musim depan.

1. Penjualan jersi jana pendapatan JDT

Penjualan jersi yang akan disarungkan oleh pemain berstatus bintang seperti Falcao sudah pasti akan menjadi laku seperti “goreng pisang panas”. Peminat akan cuba mendapatkan jersi pemain berkenaan sebagai koleksi memorable sendiri.

Pada awal Februari lalu penjualan jersi baharu JDT telah habis dijual dalam masa satu jam sahaja dan mencatat jualan RM 1.6 juta.

Melihat kepada keghairahan penyokong sejati JDT , tidak mustahil jersi yang digunakan oleh Falcao pasti akan menjadi produk laku keras meskipun terpaksa memecahkan tabung untuk mendapatkannya.

2. Kehadiran penyokong JDT di stadium bertambah

Peminat sukan nombor satu Malaysia ini sangat berharap kerajaan memberikan ‘lampu hijau’ kepada semua aktiviti berkaitan bolasepak dibuka semula kepada semua pihak untuk menjana kitaran ekonomi bolasepak ini yang hampir musnah dek kerana pandemik covid-19 ini.

Dengan kebenaran penonton dibenarkan masuk ke stadium semula , sudah pasti ia akan mengembalikan keceriaan dan hingar bingar sorakan penyokong yang akan membangkitkan semangat pasukan pada musim depan.

Perpindahan Radamel Falcao ke JDT sudah pasti menarik minat kehadiran penyokong untuk melihat aksi-aksi bertaraf dunia pemain berkenaan kepada pasukan JDT untuk mencari mata kemenangan.

3. Jenama Johor Darul Ta’zim semakin kukuh diperingkat antarabangsa

Kehadiran pemain berstatus bintang dunia ke skuad JDT sudah pasti akan mendapat liputan yang meluas diseluruh dunia. Media-media sukan tersohor sekalipun akan cuba mendapatkan berita terkini apa yang sedang berlaku di kelab JDT. Ini boleh menjadikan pengukur yang kuat di mana pemain-pemain berstatus bintang boleh memandang sebuah kelab JDT adalah kelab yang mempunyai reputasi tinggi.

Menjadi juara dalam AFC Cup pada tahun 2015 dan sudah tiga kali berturut-turut mara ke Liga Kejuaraan Asia (ACL) telah memetakan JDT sebahagian kelab yang boleh menarik minat untuk pemain ternama mewakili kelab yang berpengkalan di selatan Johor ini seperti Radamel Falcao.

Penutup

Bagaimanapun , berita perpindahan pemain ini belum disahkan oleh kelab Johor Southern Tigers tetapi kebiasaannya Tunku Mahkota Johor (TMJ) serta pasukannya sentiasa membuat kerja dalam senyap dan sudah pasti ia akan membuat kejutan kepada penyokong-penyokong setia kelab baginda.

Kelab Johor Darul Ta’zim sentiasa memberikan yang terbaik untuk peminat-peminat mereka agar terus menyokong dan menjadikan kelab sebahagian daripada kehidupan mereka.

Bagaimana dengan pandangan kalian? Boleh berkongsi di ruang komen nanti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email