Project Restart: Kerajaan Bincang Sambung Aksi EPL Secepat Mungkin

Project Restart telah diperkenalkan oleh Premier League dalam usaha memastikan saingan tersebut bersambung kembali secepat mungkin.

Dan pihak Premier League kini sudah pun mendapat makluman positif daripada pihak kerajaan UK mengenai kemungkinan tersebut.

Setiauasaha Kementerian Digital, Kebudayaan, Media & Sukan UK, Oliver Dowden mengesahkan telah berbincang secara peribadi dengan pihak Premier League agar saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) boleh disambung semula secepat mungkin.

Semua pertandingan bola sepak elit di England sebelum ini ditangguhkan pada bulan lalu akibat penularan wabak yang menjejaskan kesihatan global.

Selepas ditangguhkan kepada 3 April, Premier League kemudiannya menangguhkan saingan kepada 3 April selepas peningkatan jumlah kes, sebelum semua pihak bersetuju agar saingan hanya dimulakan kembali setelah keadaan sudah selamat sepenuhnya.

Namun demikian tentatif pertama untuk saingan dikembalikan kini telah bermula dengan pihak kerajaan kini membenarkan kelab Premier League kembali menjalani latihan dalam usaha mempercepatkan dapat dikembalikan.

Arsenal, Brighton dan West Ham adalah antara pasukan yang sudah membenarkan pemain kembali berlatih secara berperingkat dan mengikut aturan yang disediakan.

Tottenham pula dilaporkan akan menyusul mulai hari ini (Selasa).

Semua rakan kongsi termasuk wakil kelab juga akan melakukan pertemuan pada Jumaat, dan persediaan kelab untuk menyambung kembali saingan akan menjadi agenda utama.

Usaha tersebut kini digelar sebagai ‘Project Restart’.

Berdasarkan perkembangan terkini, Liga Perdana Inggeris dijangka akan diteruskan dengan aksi hampir pasti tanpa kehadiran penyokong seawal 8 Jun akan datang.

“Saya secara peribadi telah bercakap dengan pihak Premier League untuk bola sepak dimulakan kembali secepat mungkin dalam usaha membantu komuniti bola sepak.” kata Dowden ketika menjawab soalan di parlimen bagi pihak kementeriaan yang diwakilinya.

“Tetapi sudah tentu setiap langkah yang diambil juga harus mamatuhi peraturan kesihatan yang telah ditetapkan.”

Sebelum saingan EPL ditangghuhkan, Liverpool berada di persada liga, dan hanya memerlukan enam mata sahaja lagi untuk menamatkan kemarau 30 tahun kejuaraan Liga Inggeris.

Manchester United, Wolves, Sheffield United, Tottenham dan Arsenal pula masing-masing masih berpeluang melayakkan diri ke pertandingan UEFA Champions League pada musim hadapan.

Buat masa ini, Chelsea masih lagi menduduki tangga keempat, iaitu slot terakhir ke Champions League dengan kelebihan tiga mata ke atas Manchester United.

Bournemouth, Aston Villa dan Norwich City pula adalah tiga pasukan yang berada di kedudukan tercorot dan akan berusaha menyelamatkan kedudukan masing-masing sebaik liga bersambung.

 

Kongsi artikel ini