Profil Penuh Dennis Beking Yang Dilantik Sebagai Pengarah Teknikal Selangor FC Yang Baharu

Melalui satu kenyataan rasmi semalam, Selangor FC telah melantik Dennis Bekking sebagai Pengarah Teknikal kelab yang baharu.

Pelantikan Bekking dilihat sebagai satu lagi perubahan yang dilakukan oleh kelab itu selepas pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai Ketua Jurulatih pasukan itu.

Bersama Selangor FC, Bekking akan diberi tanggungjawab ke atas perkara berkaitan teknikal ymembabitkan pasukan pembangunan termasuk Selangor bawah 23 (B-23) tahun, B-20, B-18 dan pasukan bola sepak Sekolah Sukan Negeri Selangor.

Beliau turut diberikan peranan untuk membangunkan falsafah bola sepak kelab, mengukuhkan jabatan sains sukan, menyelia pendidikan jurulatih serta memberi tumpuan kepada pengambilan dan pembangunan bakat muda.

Siapa Dennis Bekking?

Selain daripada pernah memainkan peranan bersama Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Bekking merupakan bekas Pengarah Akademi Twente FC, Belanda dan juga pemegang Ijazah Sarjana Kepimpinan Sukan dari Universiti Salford.

Dennis Bekking yang berasal dari wilayah Overijssel, Belanda memulakan karier dalam bidang kejurulatihan pada 2002 sebagai Ketua Unit Pembangunan Skuad Remaja PEC Zwolle merangkap jurulatih skuad bawah 12 tahun (B-12) dan B17. Beliau juga pernah menjadi penolong jurulatih dan penganalisis teknikal untuk skuad utama kelab Eredivisie itu.

Bekking kemudian dilantik sebagai Pengarah Akademi kelab itu dan ditugaskan untuk menyelia latihan dan bengkel kejurulatihan bagi membangunkan bakat-bakat muda.

Bekking meneruskan kerjayanya ke kelab divisyen ke-2 Belanda, Go Ahead Eagles FC pada 2016 sebagai Pengurus Teknikal dan Pengarah Sukan bagi menguruskan hal teknikal pasukan utama, kedua dan akademi kelab tersebut.

Profil kerjaya Dennis Bekking:

1998-2010-Guru Pendidikan Jasmani (Sistem Pendidikan Belanda)

2000-2001-Jurulatih Instruktor Akademi KVNB (Education of Grassroots & Pro Academy Coaches)

2002-2009 (Eredivisie) Ketua Bahagian Pemain Muda dan jurulatih (U12-U17)

2007-2015-Pemilik Akademi Bolasepak SVZ

2011-2013- Pengasas U14 Golden Talent Tournament (Pengarah Pertandingan)

2013-2014-Akademi KNVB, Pengarah Akademi KNVB

2016-2018- Pengarah Teknikal Go Ahead Eagle

2018- 2019 – Penasihat Sukan Prestasi Tinggi (Akademi Bola Sepak Global), Penasihat Pengurusan Bolasepak

2019-2022 – Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD)

Kongsi artikel ini