Prestasi Buruk Atletico Madrid Di Tempat Lawan Musim Ini Buat Kunjungan Ke Anfield Menyeramkan

Ia satu lagi perlawanan di tempat lawan yang mengecewakan buat Atletico Madrid, selepas hanya mampu mencatat keputusan seri menenyang pasukan yang sedang bergelut, Espanyol pada hujung minggu.

Keputusan tersebut bermakna skuad kendalian Diego Simone kini sudah dua bulan tanpa kemenangan untuk perlawanan di tempat lawan.

Dan jika perlawanan menentang Espanyol ini dijadikan ukuran, nyata sekali skuad Los Rojiblancos ini tidak akan mencapai kemenangan dalam masa terdekat ketika beraksi dalam perlawanan di luar Wanda Metropolitano.

Statistik buruk

Musim ini tidak dinadikan Atletico mempunyai rekod yang amat buruk setiap kali beraksi di tempat lawan – dalam semua pertandingan.

Sehinga kini, skuad kendalian Simone hanya merekodkan empat kemenangan di luar Wanda Metropolitano.

Kemenangan terakhir pula dicapai pada 22 Disember lalu dalam perlawanan menentang Real Betis di saingan La Liga.

Untuk pertandingan Liga Juara-Juara Eropah, Atletico merekodkan hanya menang sekali daripada lima perlawanan semuanya yang dilalui pada musim ini di tempat lawan.

Satu-satunya kemenangan Atletico di tempat lawan di pertandingan Eropah adalah pada 2 Oktober lalu ketika menewaskan Lokomotiv Moscow 2-0.

Tatkala perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara menentang Anfield bakal tiba pada 12 Mac hadapan, sukar untuk membayangkan Atletico Madrid boleh meneruskan saingan mereka menentang juara bertahan itu.

Atletico huru-hara

Selepas Liverpool, giliran Athletic Bilbao dan Osasuna pula memberikan ujian buat Atletico di gelanggang masing-masing.

Dalam perlawanan menentang Espanyol, Atletico menurunkan kebanyakan pemain bintang mereka. Namun pemain lawan pula yang lebih menyerlah.

Raul de Tomas misalnya membuktikan kualiti yang beliau miliki sekali lagi membuatkan pelaburan bernilai 2o juta euro oleh Espanyol pada Januari lalu berbaloi.

Tindakan pemain pertahanan Renan Lodi mengeluarkan bola dari zon bahaya pula hampir dihukum oleh Espanyol.

Simeone tidak menyembunyikan kekecewaan beliau daripada bangku pemain simpananm dan pemain dari Brazil itu harus bersyukur kesilapan beliau tidak membawa padah.

Yannick Carrasco pula diberikan permulaan mengejut dalam perlawanan ini oleh Simeone. Walaupun bermula dengan baik, kelibat pemain itu lama-kelamaan hilang sendiri dari atas padang.

Simeone akhirnya terpaksa mengeluarkan pemain antarabangsa Belgium itu pada minit ke-55 perlawanan.

Ia perlawanan serba tidak kena buat Atletico setiap kali beraksi di luar Wanda Metroplitano. Kekecewaan Simeone dilengkapkan dengan layangan kad kuning kepada Thomas Pattey.

Ini bermakna pemain tersebut tidak akan beraksi menentang Sevilla di Wanda Metropolitano selepas ini.

Berbaki 10 hari lagi sebelum kunjungan ke Anfield, jelas sekali ini bukan skuad Atletico Madrid yang mengejutkan juara eropah dan juara dunia, Liverpool sebelum ini.

Kongsi artikel ini