CEO PFAM Bidas Jadual Kejohanan Bolasepak Wanita Piala Tun Sharifah Rodziah Begitu Padat

Satu Kejohanan Bolasepak Wanita Piala Tun Sharifah Rodziah 2022 akan membuka tirainya pada hari ini di JSA Arena Setia Alam, Shah Alam selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2019.

Kejohanan bola sepak wanita itu disertai oleh lapan pasukan dan terbahagi kepada dua kumpulan A dan B

Antara pasukan yang terlibat dalam kejohanan bola sepak wanita edisi ke-46 itu ialah Melaka United , Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Pahang , Pulang Pinang dan wakil daripada Borneo , Sabah dan keempat pasukan ini berada di dalam kumpulan A

Manakala pasukan daripada Selangor , Negeri Sembilan , Kelantan United dan Sarawak berada dalam kumpulan B.

Jurulatih lapan pasukan yang bertanding pada Piala Tun Sharifah Rodziah menghadiri sesi undian di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini. - - Foto BERNAMA.

Bagaimanapun , jadual perlawanan kejohanan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapat perhatian daripada kalangan pemerhati bolasepak tempatan.

Mereka mendakwa jadual itu amat padat yang bermula daripada pagi sehingga ke petang. Kemudian akan bersambung semula pada keesokkan harinya secara berterusan sehinggalah sampai pada 11 September 2022.

Dengan jadual yang padat boleh mengakibatkan pemain-pemain pasukan yang bertanding sudah pasti tidak mendapat rehat yang secukupnya serta mudah mendapat kecederaan kepada diri pemain.

Perkara ini turut mendapat perhatian daripada Izham Ismail , Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pemain Bola Sepak Professional Malaysia (PFAM) dalam ciapan di Twitternya berkata ,

“Penjadualan yang memalukan dengan perlawanan berturut-turut sepanjang 6 hari kejohanan. Tiada perlindungan/perlindungan terhadap kesihatan fizikal dan mental pemain wanita tanpa masa rehat dan pemulihan yang mencukupi. Anda meletakkan mereka dalam keadaan bermain yang tidak menentu dan mengharapkan standard prestasi tinggi?”

Pemerhati bolasepak mencadangkan jadual kejohanan itu tidak sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh seminggu tetapi ia seharusnya mempunyai jadual kejohanan tempoh yang panjang memandangkan kejohanan itu boleh mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi untuk mewakili skuad kebangsaan wanita (Harimau Tigress).

Piala Tun Sharifah Rodziah: FAM minat jadikan liga

Pada Julai tahun  , Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, pernah menyatakan bahawa PTSR adalah platform terbaik untuk pemain bola sepak wanita kebangsaan beraksi dalam perlawanan yang kompetitif dan ia perlu ditambah baik dengan format liga ’round robin’ pada masa depan.

“Kami di FAM sentiasa menyokong bola sepak wanita dan saya juga berterima kasih pada penyokong yang hadir pada hari ini.

“Semoga usaha kita ini akan terus memartabatkan bola sepak wanita negara ke peringkat lebih tinggi,” katanya dalam entri yang turut dimuat naik dalam laman Facebook rasmi FAM.

Kejohanan PTSR ini pernah ditangguhkan pada 2020 dan 2021 kerana pandemik Covid-19 seluruh dunia dan pasukan yang memenangi kejohanan PTSR tahun 2019 ketika itu ialah pasukan Melaka United.

 

 

Kongsi artikel ini