Premier League Sahkan VAR Ralat Keputusan Penalti Untuk Semua Perlawanan Pagi Tadi

Tersilap beri penalti. Premier League mengesahkan kesemua sepakan penalti yang diberikan dalam semua perlawanan pada awal pagi tadi oleh bantuan video pengadil (VAR) sebagai satu kesilapan.

Perkara itu disahkan oleh pihak Premier League sendiri kepada rancangan Match of The Day BBC.

Bruno Fernandes memenangi sepakan penalti, yang dijaringkan oleh pemain itu sendiri untuk gol pembukaan Manchester United ketika menang 3-0 ke atas Aston Villa.

Southampton turut menerima sepakan penalti ketika mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Everton.

Namun sepakan James Ward-Prowse terkena palang tatkala pemberian sepakan tersebut dianggap meragukan.

Tottenham Hotspur pula sepatutnya memperolehi penalti selepas Joshua King menjatuhkan Harry Kane dalam perlawanan menentang Bournemouth yang berkesudahan 0-0.

Premier League mengesahkan Manchester United dan Southampton sepatutnya tidak diberikan penalti, dan Tottenham sepatutnya diberikan satu sepakan penalti.

Bekas pemain tengah Everton, Tim Cahill berkata seorang bekas pemain berpengalaman sepatutnya dibenarkan untuk bekerjasama dengan VAR untuk mengelakkan kesilapan sedemikian.

“Saya berpendapat langkah tersebut akan membantu mereka untuk memahami gerakan,” kata bekas pemain antarabangsa Australia itu.

“Apabila ada pemain [menjatuhkan diri] untuk penalti, and boleh tahu itu. Ia memerlukan seorang pemain untuk memberikan nasihat mengenai apa yang sedang berlaku.

“Mereka berada di situ untuk membuat keputusan besar. Dan ia mengecewakan.”

Dalam perkembangan lain FIFA telah mengambil alih tanggungjawab peraturan berkaitan VAR daripada IFAB untk konsistensi merentasi 100 liga bola sepak global yang menggunakan teknologi tersebut.

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email