Antara sebab mengapa Premier League tetap mahu meneruskan saingan musim 2019/20 ialah untuk mengelak kerugian yang boleh mencecah nilai billion pound.
Sebagai contoh, Premier League harus membayar denda berjumlah £762 juta kepada syarikat penyiar akibat saingan pada musim ini tidak dapat ditamatkan sehingga ke penghujung.
Keerugian tersebut belum lagi termasuk kos-kos lain seperti kontrak pemain dan kakitangan yang tetap perlu dijelaskan, atau penarikan diri penaja akibat krisis yang memberi kesan secara global ini.
Wimbledon tennis club added pandemics to their cancellation insurance after SARS. Good call. Who else insured against pandemic risks? #businesscontinuity https://t.co/8XLK9KtgFb
— Risky Thinking (@RiskyThinking) April 8, 2020
Atau mungkin Premier League boleh belajar sesuatu daripada sukan tenis, khususnya kejohanan berprestij, Wimbledon.
Kejohanan Wimbledon pertama kali diadakan pada 1877. Sepanjang sejarah penganjuran sebelum ini, kejohanan tersebut hanya pernah dibatalkan sebanyak sekali akibat Perang Dunia ke-2 yang meletus pada 1945.
Kejohanan pada tahun ini adalah kali kedua Wimbledon dibatalkan kerana wabak coronavirus. Dan hanya seminggu selepas pengumuman pembatalan dibuat, The Times melaporkan bagaimana kejohanan tersebut mengatasi sebahagian besar daripada kerugian yang dialami ekoran pembatalan acara pad tahun ini.
#Wimbledon Organisers To Get Over £100 million From Insurance: Reports https://t.co/PYfhPORL49 pic.twitter.com/s5bdcmbs51
— ABP News (@ABPNews) April 9, 2020
Menurut laporan tersebut, Wimbledon akan menerima pampasan berjumlah £114 juta, hasil daripada polisi insuran yang diambil hampir 20 tahun lalu yang turut memasukkan klausa dan polisi berkaitan penyakit berjangkit atau pun wabak.
“Kami amat bernasib baik untuk memiliki insuran ini, dan ia amat membantu,” kata Richard Lewis, Ketua Eksekutif All England Club yang menguruskan Wimbledon ketika ditemuramah oleh The Guardian.
“Pihak insuran, broker dan semua yang terlibat setakat ini melakukan kerja yang amat baik dengan kami. Tetapi sudah tentu masih ada banyak perkara perlu dilakukan.”
"I'd like to thank all who love Wimbledon for their understanding of these unique and challenging circumstances. Your passion has shaped our event and continues to do so.
"We look forward to preparing a fantastic Championships in 2021."
– Richard Lewis CBE, Chief Executive pic.twitter.com/6MOO0LnWxO
— Wimbledon (@Wimbledon) April 2, 2020
All England Club dilaporkan mengemaskini polisi insuran Wimbledon beberapa tahun lalu ekoran penularan wabak SARS pada 2002.
Sejak daripada itu, All England Club membayar polisi bernilai hampir £2 juta setahun untuk melindungi kejohanan tersebut.
Polisi insuran tersebut diambil mengambil kira impak kewangan yang boleh memudaratkan atas setiap risiko berpotensi disebabkan pandemik global, seranggan pengganas, dan kematian pemimpin dunia dan monarki – yang menyebabkan negara boleh bertukar huru hara atau disebabkan oleh perintah berkabung.
Kejohanan Terbuka British 2020 yang dibatalkan baru-baru ini turut ditanggung oleh insurans pandemik.
Lewis sebelum ini berkata Wimbledon mungkin tidak akan diteruskan sehingga kepada 2021.
Apa yang boleh dipelajari oleh Premier League, mahu pun Malaysian Football League daripada Wimbledon?