Pihak Premier League kini berada di dalam dilema seleps tekanan daripada majoroti kelab yang mahukan kata putus mengenai masa depan musim 2019/20.
Malah kelab bertanding dikatakan mendesak agar saingan pada musim ini ditamatkan selewat-lewatnya pada 30 Jun akan datang.
Kelab mulai gusar
Beberapa kelab – termasuk yang pasti akan bersaing di pertandingan eropah pada musim akan datang – dilaporkam bimbang dengan situasi kontrak pada ketika musim ini berakhir.
Kelab-kelab ini bimbang sekiranya saingan diheret sehingga Julai, maka mereka akan berhadapan dengan ‘perang perundangan’ dengan pemain dan rakan penaja.
The Premier League is coming under increasing pressure from its stakeholder clubs to make a decision on the 2019-20 season – with June 30 emerging as the D-day date for completion.
— Z (@ZRAFC) April 15, 2020
Mesyuarat Premier League seterusnya dijadualkan pada 17 April akan datang, dan pihak kelab mahukan perkara ini menjadi agenda utama perbincangan dalam pertemuan tersebut.
Semua kelab dikatakan sudah mengetahui arah perbincangan, tetapi belum ada tarikh ditetapkan untuk saingan disambung kembali.
#PremierLeague: Under pressure pic.twitter.com/lSdUgPD4vy
— Digital Jerseys (@Fasn_Designs) April 10, 2020
Sebelum ini Premier League pernah berkata 12 Julai adalah tarikh akhir untuk saingan diselesaikan. Ia adalah tarikh akhir untuk mengelak badan itu membayar kembali wang hak penyiaran yang telah diterima dari syarikat penyiar.
Namun selepas mendapatkan nasihat guaman masing-masing, rata-rata kelab mahu tarikh tersebut diawalkan lagi.
Peraturan FIFA tidak terpakai di England
Badan bola sepak dunia FIFA sebelum ini mengambil langkah pro aktif untuk melindungi kelab dan pemain yang mempunyai kontrak tamat pada 30 Julai – iaitu di mana musim bola sepak ditamatkan secara rasmi di Eropah.
Namun peraturan berkaitan kontrak – tamat 30 Jun – di England tidak membenarkan sebarang perubahan dilakukan walaupun atas sebab kecemasan, sekaligus bermakna peraturan kontrak di England tidak boleh mengikut garis panduan yang ditetapkan FIFA.
FIFA are to allow the summer transfer window to be moved and has recommended player contracts be extended until the season ends.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 7, 2020
Situasi ini akan memberi masalah pemain yang beraksi secara pinjaman atau pemain yang kontrak mereka bersama kelab bakal tamat.
Antaranya adalah Pedro, Olivier Giroud and Willian di Chelsea, Jan Vertonghen di Tottenham dan Adam Lallana di Liverpool – yang boleh meninggalkan kelab masing-masing mulai 1 Julai walaupun musim belum berakhir.
Kontrak pendek sebulan dilihat bukan penyelesaian tatkala pemain akan mengelak dari kecederaan untuk memburu kelab baharu selepas itu.
Jejaskan kelab
Perkara ini akan menjejaskan kelab yang sedang bersaing merebut slot ke Eropah, atau pun mengelak dari penyingkiran disebabkan pemain utama enggan beraksi. – melangkaui tempoh kontrak.
Begitu juga dengan kelab yang mempuyai kontrak dengan penaja yang akan berakhir pada 30 Jun ini, yang pasti akan menimbulkan lebih banyak kekeliruan bagaimana kontrak itu seharusnya dihormati.
Out of contract Premier League players can legally 'walk away' from their clubs on June 30 if they wish to, says leading sports lawyer. pic.twitter.com/AxQIqysN7w
— West Ham News (@whufc_news) April 10, 2020
Perjanjian Liverpool bersama penaja jersi New Balance misalnya akan tamat pada musim panas ini, dan Nike akan mengambil alih mulai Jun.
Buat masa ini Liverpool dikatakan bersetuju untuk saingan ditamatkan dengan jersi New Balance – sebagai juara liga.
Nike dikatakan tidak ada masalah dengan itu. Tetapi bagaimana jika musim ini terus belarutan melangkaui Jun?
“Kita akan mengalami masalah besar,” kata seorang eksekutif kepada Daily Mail.