Pihak Premier League dilaporkan telah memberikan lampu hijau kepada pengambilalihan bernilai £300 juta Newcastle United oleh konsortium Arab Saudi.
Keputusan oleh Premier League itu bermakna tempoh 13 tahun era pemilikan oleh Mike Ashley akan berakhir – setelah 80% pemilikan bakal dipegang oleh Public Investment Fund yang diketuai Putera Mahkota Arab Saudy, Mohammed bin Salman.
Konsortium Arab Saudi tersebut turut dibantu oleh pakar kewanganan Amanda Staveley dan usahawan UK, adik beradik Reuben yang akan memiliki baki 20% pegangan.
The Premier League has APPROVED the Saudi takeover of Newcastle United according to the official Saudi state media.
STEP FORWARD, GEORDIELACTICOS. ⚪️⚫️⚪️⚫️ https://t.co/9JcaYeun3O
— Footy Accumulators (@FootyAccums) May 21, 2020
Menurut laporan, kelulusan telah diberikan dan akan dimuktamadkan apabila baki bayaran berjulah 90% dari nilai keseluruhan dibayar sepenuhnya kepada Mike Ashley.
Sebelum ini berlaku penangguhan terhadap semalan pengambilalihan Newcastle United selepas pihak Premier League meletakkan Project Restart sebagai keutamaan badan itu.
Wujud juga beberapa bantahan mengenai pengambilalihan tersebut, yang ditentang kerana isu hak asasi kemanusiaan oleh kerajaan Arab Saudi juga aktiviti cetak rompak berhubung penyiaran siaran langsung bola sepak di Timur Tengah.
This man's agents murdered & dismembered a journalist in one of his consulates.
And now he's going to buy Newcastle United like nothing happened? https://t.co/6a9MfL97z2 pic.twitter.com/dusKKiQDMM
— Andrew Stroehlein (@astroehlein) May 19, 2020
Walaupun demikian ia tidak menghalang Premier League dari meluluskan semua dokumentasi berkaitan pertukaran pemilikan dan pembentukan pengurusan baharu.
Apabila semua baki bayaran dan dokumentasi bayaran telah lengkap, satu pengumuman rasmi dijangkakan dalam masa terdekat pada awal Jun.
Pengambilalihan oleh konsortium tersebut daripada Ashley adalah sesuatu yang dialu-alukan oleh kebanyakkan penyokong The Magpies.
Sepanjang tempoh pemilikan usahawan barangan sukan itu, Newcastle pernah jatuh dari Liga Perdana Inggeris sebanyak dua kali.
The Premier League have given the green light for Saudi-led consortium to take charge of Newcastle United leaving just the transfer of funds to be sorted.
Once the funds and paperwork are completed an announcement will be made on or around June 1st.#NUFC | Neil Custis pic.twitter.com/XWsEEcxeKt
— NUFC HQ (@NUFC_HQ) May 21, 2020
Kekurangan pelaburan terhadap struktur kelab, terutamanya pemain baharu turut mendapat kritikan penyokong.
Pihak Arab Saudi dikatakan kini sedang berusaha untuk mendapatkan bekas pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino untuk mengambil alih jawatan pengurus di St. James Park.
Beberapa nama besar lain seperti Phillipe Coutinho, Gareth Bale, dan Hirving Lozano turut dikaitkan akan ke Newcastle di bawah pemilikan baharu ini.
Sumber: The Mirror