Kekayaan pemilik Arsenal, Stan Kroenke dikatakan meningkat sehingga melebihi £300 juta sejak awal 2020, walaupun penularan wabak global menjejaskan kedudukan kewangan banyak pihak di seluruh dunia.
Skuad Gunners sendiri dipercayai bergumul dengan kedudukan kewangan apabila pemain dan kakitangan dipaksa untuk menerima potongan 12.5%.
Namun satu kajian yang dilakukan oleh The Institute for Policy Studies mendedahkan juatawan dari Amerika Syarikat itu tidak terjejas langsung,
Kajian berjudul Billionaire Bonanza itu dengan terperinci menggariskan Kronke yang mempunyai kekayaan £8.1 billion telah meningkatkan nilai kekayaan kepada £323 juta sejak awal tahu ini.
Stan Kroenke has seen his personal wealth grow by £323m this year, despite the coronavirus wreaking financial havoc across the globe. pic.twitter.com/Wdmw2rKCiU
— ARSENAL (@tomgunner14) May 7, 2020
Malah isteri kepada Kronke, Ann Walton Kroenke yang juga bakal mewarisi Walmart tturut menokok kekayaan sehingga £97 juta.
Apabila mengumumkan pemotongan gaji pada bulan lalu, Arsenal dalam satu kenyataan berkata: ‘hasil simpanan selepas pemotongan akan digunaka untuk membantu risiko kewangan yang akan dihadapi musim ini berkaitan pendapatan pada hari perlawanan dan hasil komersil lain.’
‘Kami bangga dan gembira pemain dan kakitangan bersatu hati untuk menyokong kelab ini, masyarakat dan komuniti di saat sukar ini, yang merupakan antara yang paling mencabar sepanjang sejarah.’
Mesut Ozil’s reasoning behind rejecting 12.5% Arsenal pay cut
According to the Daily Star via Turkish outlet Fotomac, Mesut Ozil has informed close friends that he rejected a pay cut as he would have been able to earn the same lower wage if he were to move to Fenerbahce. pic.twitter.com/ORvg4deHar
— Arsenal F.C News (@gunnersconfined) May 1, 2020
24 daripada 27 pemain skuad Mike Arteta bersetuju menerima pemotongan. Mesut Ozil dan dua lagi pemain menuntut lebih banyak penjelasan mengenai hala tuju kewangan, dan bagaimana hasil pemotonga dapat membantu kelab melalui tempok penularan wabak.
Tetapi dalam satu kenyataan lain, pemilik Arsenal turut berkata beliau sentiasa komited untuk menyokong keperluan kelab menempuhi saaat sukar ini.
Mesut Ozil dikritik oleh ramai kerana keenggannya menerima pemotongan gaji tempoh hari.