Polis Mahukan Perlawanan Liverpool Di Venue Neutral

Perlawanan yang akan menentukan Liverpool sebagai juara berkemungkinan akan diadakan di venue neutral setelah pihak Premier League menetapkan tarikh saingan disambung pada bulan hadapan.

Seperti yang pernah didedahkan oleh Sportsmail, pihak polis tidak mempunyai masalah terhadap majoriti perlawanan yang mahu diadakan di venue asal,

Namun beberapa perlawanan berprofil tinggi mengundang kerisauan penyokong akan datang beramai-ramai untuk berkumpul di luar stadium, menyebabkan pihak polis mahukan venue berasingan sebagai alternatif.

Perlawanan penentuan kejuaraan dan juga derbi setempat adalah antara perlawanan yang dibincangkan oleh pihak polis.

Skuad kendalian Jurgen Klopp kini ibarat juara dalam penantian, memiliki baki sembilan perlawanan dan kelebihaan 25 mata ke atas Manchester City.

City pula masih mempunyai 10 perlawanan untuk dimainkan. Premier League mengesahkan perlawanan City menentang Arsenal akan menjadi perlawanan pertama apabila saingan dimulakan kembali pada 17 Jun.

Sekiranya City tewas dalam perlawanan tersebut, ini bermakna Liverpool boleh mengesahkan kejuaraan dalam perlawanan menentang Everton yang pada asalnya dijadualkan berlangsing di Goodison Park.

Jika senario ini berlaku, pihak polis mahukan perlawanan tersebut diadakan di tempat lain. Keadaan sama turut membabitkan beberapa perlawanan lain selagi penantian Liverpool menamatkan badi kejuaraan 30 tahun ini berterusan.

Undian akan dilakukan mengenai pelaksanaan dan permintaan oleh pihak polis pada minggu hadapan. Sumber dari Liverpool berkata pihak kelab akan bekerjasama dalam apa sahaja cara untuk memastikan keselamatan penyokong dan orang ramai.

Pihak polis sebelum ini berkata sekiranya pihak kelab sanggup menampung segala kos keselamatan dan berkemampuan untuk menangani segala isu berbangkin, maka polis tidak mempunyai masalah perlawanan diadakan di venue masing-masing.

Bagaimanapun keputusan akhir dijangka akan diputuskan oleh pihak kerajaan, yang akan bergantung kepada laporan dan nasihat yang dikemukakan oleh pihak polis.

Pihak polis sebenarnya mempunyai asas untuk berasa risau membabitkan perlawanan khususnya di Anfield.

Enkuiri yang dilakukan mengenai penularan dan kematian akibat wabak sebelum ini mengesahkan 41 kematian adalah disebabkan jangkitan dari perlawanan Liverpool vs Atletico Madrid di pertandingan Champions League yang berlangsung pada Mac lalu.

 

Kongsi artikel ini