Legenda Argentina Ossie Ardiles mengesahkan bahawa Mauricio Pochettino kini sedang mempertimbangkan untuk menerima jawatan sebagai pengurus Newcastle United yang baharu.
Ardiles adalah bekas pemain tengah Tottenham berkata tawaran sudah berada di meja Pochettino untuk mengambil alih daripada Steve Bruce di St James’ Park, sebaik sahaja pengambilalihan bernilai £300 juta daripada Arab Saudi terhadap The Magpies disahkan.
Ardiles yang kini berusia 67 tahun adalah sahabat baik Pochettini dan kini menetap di London.
🗣️ Osvaldo Ardiles on Pochettino: “He is linked with Newcastle United and when he spoke directly to that club there were many first-rate people involved who made him a good offer.
"Newcastle is a firm possibility…" 🤔 pic.twitter.com/k2d5peVLIl
— Goal (@goal) May 24, 2020
Beliau berkata penghijrahan ke Tyneside tidaks sepatutnya menjadi masalah buat pengurus berusia 48 tahun itu sekarang.
Ini kerana Pochettino sudah tidak mempunyai kaitan kontrak atau klausa yang menyebabkan pampasan yang diiterimanya ketika dipecat harus dibayar balik kepada Spurs.
“Mauricio [Pochettino] selesa di England,” kata Ardiles.
“Beliau dikaitkan dengan Newcastle United, dan apabila beliau berbincang dengan orang tertinggi kelab, mereka telah memberikan beliau tawaran yang baik sekali.
“Mauricio sebelum ini mempunyai klausa bersama Tottenham. Tetapi klausa dan situasi tersebut sudah terlerai pada Selasa lalu, dan kini beliau adalah jurulatih bebas.
Ossie Ardiles on claim friend Mauricio Pochettino has been offered Newcastle job https://t.co/B1SIyOfQbN pic.twitter.com/cE9YuKTMTT
— The Journal NUFC (@TheJournalNUFC) May 24, 2020
“Sekarang beliau boleh duduk mendengar kepada tawaran, tetapi Newcastle adalah kemungkinan yang tinggi di mana beliau akan meneruskannya.
“Beliau akan mengambil masa untuk berfikir dan menunggu untuk semuanya terlerai sendiri.”
Ardiles kini adalah duta kepada Tottenham, dan beliau percaya The Magpies berjaya membawa masuk salah seorang daripada tiga pengurus terbaik dunia jika mereka berjaya meyakinkan Pochettini ke Tyneside.
Keputusan sama ada Premier League akan meluluskan pengambilalihan Newcastle hanya akan diketahui pada minggu ini.
“Beliau adalah salah seorang tiga pakar taktikal terbaik di dunia.
Pochettino sedia pertimbang lamaran Newcastlehttps://t.co/JbHdiCMVOT pic.twitter.com/fLjjz9Tp8e
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 23, 2020
“Beliau boleh mengandalikan mana-mana pasukan. Di sini, atau di Sepanyol, di Perancis atau Itali.
“Tetapi beliau benar-benar sukakan England. Hanya ada beberapa pasukan besar yang boleh mengambil beliau – dan salah satu daripanya akan dipilih.”
Melalui kenyataan sebelum ini, Pochettino berkata beliau kini terbuka untuk menerima tawaran daripada mana-mana pasukan yang bukan tergolong sebagai ‘Big six’ di England.