Mauricio Pochettino masih lagi tanpa sebarang kelab sejak meninggalkan Tottenham Hotspur pada tahun lalu.
Tetapi jurularih dari Argentina itu yakin dirinya akan kembali ke pengurusan bersama sebuah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sesuai.
“Jujurnya, saya memilih untuk bekerja di Premier League,” ujar Pochettino kepada Sky Sports pada Selasa lalu.
Pochettino would 'love' next job to be in the Premier League #sport https://t.co/TI82a1W7s3
— Prime Sky (@PrimeSky2) February 12, 2020
“Ia akan sukar, tetapi saya yakin. Buat masa ini kita hanya perlu tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.
“Ia masa untuk memulihkan diri, untuk memikirkan diri sendiri, dan untuk mempersiapkan diri kerana di dalam bola sepak akan sentiasa ada sesuatu berlaku, dan anda harus bersedia.
“Saya kini bersedia menanti cabaran baharu. Saya mempunyai keyakinan itu dan percaya cabaran seterusnya pasti sesuatu yang menarik.”
Manchester United
Manchester United adalah salah satu kelab yang dikait rapat dengan Pochettino.
Prestasi tidak menentu Red Devils bersama Ole Gunnar Solskjaer tidak membantu untuk menidakkan khabar angin tersebut.
Manchester United gagal melayakkan diri ke Champions League pada musim lalu, dan kini berada di kedudukan ke-8 EPL.
Kerana prestasi tidak menentu tersebut, ramai pihak mahukan Pochettino untuk menggantikan Solskjaer.
Mauricio Pochettino declares himself ‘ready for a new challenge’ after Tottenham sacking and eyes Premier League job https://t.co/sPZcU0LREP pic.twitter.com/fJA5Fd5NRW
— CleanSheet ⚽🏟️🥅 (@Cleansheet) February 12, 2020
Dan mereka yang mehukan perkara tersebut untuk berlaku mungkin diberikan sedikit harapan dengan perkembangan terbaru ini.
Ini kerana Pochettino dilihat bersama Neil Ashton menghadiri perlawanan Leeds menentang Brentford semalam.
Ashton adalah pegawai konsultan perhubungan awam yang baru bagi United, dan dilantik selaku penasihat kepada Pegawai Ekskutif, Ed Woodward.
Kemungkinan?
Baiklah, ini mungkin satu kebetulan untuk kedua-duanya berada di perlawanan dan stadium yang sama. Satu perkara yang pasti Ashton bukanlah individu di United yang mahir melakukan kerja scouting.
Maka kemungkinan untuk Ashton menyaksikan perlawanan tersebut untuk mengintai mana-mana pemain Leeds atau Brentford bukan satu kemungkinan.
Mauricio Pochettino pictured with Ed Woodward's new advisor amid Man Utd links https://t.co/mAjpVE6Ime pic.twitter.com/vjFCls5N0P
— Deez 2 MFs (@MfsDeez) February 12, 2020
Tetapi Pochettino adalah sahabat baik kepada pengendali Leeds United, Marcelo Bielsa. Adakah Pochettino bakal menjadi pengganti Bielsa?
Ntah. Kami pun tidak tahu sebenarnya.